| SIKAP sesetengah manusia memang sukar dijangka atau diramal terutama apabila berada pada era yang penuh dengan globalisasi dan moden. |
Apatah lagi, ia membabitkan faktor 'wang' yang akhirnya boleh memakan erti sebuah persahabatan yang terjalin.
Baru-baru ini, SS mendapat panggilan daripada seorang rakan yang begitu kecewa kerana mendapati diri sudah dipermainkan sekian lama.
Semuanya bermula apabila rakan SS ini bermurah hati memberi pinjaman kewangan kepada seorang komposer yang dahulunya bekas ahli sebuah kumpulan yang begitu terkenal dalam dunia seni tempatan.
Ditanya sebab utama dia begitu mudah memberi pinjaman kewangan, kata rakan SS, dia berasa kasihan kepada komposer berkenaan apabila terdengar perbualannya dengan dua along yang memintanya membayar balik hutang yang dipinjamnya.
Apabila melihat kehidupan komposer berkenaan diancam along, rakan SS tersentak dan terus menawarkan diri untuk memberi sedikit bantuan bagi meringankan penderitaan yang dialami komposer terbabit.
Selepas rakan SS memberi pinjaman sebanyak RM6,000 kepada komposer berkenaan untuk diserahkan kepada along, komposer itu terus membawa seorang perempuan untuk diberikan kepada rakan SS ini sebagai ucapan terima kasih kerana membantunya.
Bagaimanapun, rakan SS menganggap perempuan yang dihadiahkan komposer berkenaan kepadanya sebagai seorang kawan saja serta tidak lebih daripada itu.
Menurut rakan SS, masuk tahun ini, sudah dua tahun lebih komposer berkenaan berjanji akan membayar hutangnya, namun sampai sekarang langsung tidak terbayar.
Terbaru, rakan SS menerima mesej daripada komposer berkenaan mengatakan yang dia sedang menunggu pembayaran daripada sebuah stesen TV dan berjanji akan melangsaikan hutang apabila sudah menerimanya kelak.
| |
Namun, rakan SS ini sudah jelak dan muak dengan setiap janji yang diberikan komposer berkenaan yang tidak pernah tertunai sejak sekian lama.
| |
SS pun sudah tidak tahu nak cakap apa. Sikap manusia ini memang pelik dan sukar diramal. Cuma SS harap komposer berkenaan bayarlah cepat hutang kerana esok lusa belum tentu kita masih lagi bernyawa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: