Friday, May 15, 2009

Soseh Soseh: MIG Production sambar Fida


TIDAK dinafikan kemunculan bakat baru di persada seni tanah air ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang pantas mencipta nama dalam bidang diceburi. Ada yang hanya tumpang populariti individu tertentu untuk menyerlah.

Begitu juga bagi segelintir individu yang menjadikan pentas seni sebagai cubaan untuk mendampingi golongan tertentu. Ada juga segelintir daripadanya yang hanya mengecapi populariti sementara selepas kejayaan terbabit dalam program, drama atau menghasilkan album sebelum hilang entah ke mana.

Pada SS, segalanya bergantung kepada komitmen dan kesungguhan individu itu sendiri. Jika individu berkenaan pandai membawa diri dan memanfaatkan peluang yang diberikan, sudah tentu tempatnya dalam dunia seni ada dan terjamin.

Dalam hal ini, SS bukan hendak menuding jari kepada mana-mana individu. Sebaliknya, SS tertarik dengan sumber yang diterima daripada pihak syarikat rakaman, MIG Production yang mengambil langkah wajar memberi peluang dan menyerap beberapa artis baru berbakat bersama mereka.

Seperti SS sedia maklum, MIG kini aktif menerbitkan drama dan filem. Malah, kebanyakan pelakon baru yang berpotensi menjadi pilihan MIG sebagai artis mereka. Antara mereka yang mendapat kepercayaan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo ialah Mas Muharni, Zarina AF dan Diana Omar.

Difahamkan, pihak MIG juga menyunting juara Pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene, Rafidah Ibrahim atau Fida di bawah MIG Talent. Fida juga dijangka membintangi drama di bawah syarikat itu tidak lama lagi.

Fida yang dikenali dalam program kanak-kanak, Riwayat Kamil (Astro Oasis) dan Carta Nasyid (TV9), mempunyai bakat tersendiri. Di samping kemampuan mengacara, dia juga berkebolehan menyanyi.

SS pasti peminat Fida juga tidak mahu ketinggalan melihat aksi lakonannya di layar kaca seterusnya di layar perak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: