| SELEPAS sekian lama hidup bersendirian, khabarnya baru-baru ini Didie Alias menamatkan zaman janda dengan kekasihnya yang dikenali sejak enam tahun dulu. |
Walaupun SS tidak dijemput menghadiri hari berbahagia Didie, SS tumpang bahagia kerana sekarang sudah ada tempat Didie menumpang kasih. Sejak bercerai dengan Ridzuan Hashim, setahu SS, Didie bekerja keras untuk memberi kehidupan sempurna kepada lima anaknya. Didie yang SS kenali seorang yang tabah dan tidak pernah bersungut kerana terpaksa membesarkan anaknya seorang diri. Didie sanggup melakukan apa saja untuk lima permata hatinya itu.
Dia pernah berniaga, tidak kisah bekerja sebagai kru produksi dan turut berlakon. Besar sungguh pengorbanan Didie sebagai ibu. Semoga apabila besar dan ada kerjaya yang bagus, anak-anak tidak melupakan jasa dan baktinya kepada mereka.
SS yakin sebelum ini pun ramai yang ingin mendekati Didie dan mungkin mengenangkan anaknya yang masih kecil ketika itu, dia terpaksa melupakan dulu hasrat hati. Kini selepas anak dah besar dan boleh berdikari, tiada salahnya Didie berkahwin lagi.
Menurut rakan SS, pernikahan itu hanya dihadiri keluarga dan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis pernikahan diadakan pula majlis kenduri yang dibuat serba sederhana.
Paling penting, kata rakan SS, suami Didie itu bujang trang tang tang. Bukan suami orang atau duda. Bujang katanya. Mereka juga dikhabarkan sudah terbang ke Jakarta untuk berbulan madu. Semoga rumah tangga yang baru dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.
| |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: