DUA artis yang dilahirkan daripada program realiti TV ini nampaknya akan bertemu jodoh tidak lama lagi. Tetapi SS hendak bagi tahu mereka bukan berasal dari pentas program yang sama. Namun SS yakin kerana sama-sama menceburi bidang seni membuatkan mereka sering bertemu. Persahabatan itu juga kian akrab kerana khabarnya mereka berasal dari negeri sama. |
Kalau dah begitu ceritanya, apabila berkahwin nanti tak perlulah bergaduh hendak balik kampung siapa dulu.
Menurut sumber SS, mereka akan bertunang tidak lama lagi. Tetapi SS tak tahu pula bila mereka akan disatukan sebagai pasangan suami isteri. SS difahamkan perkenalan mereka tidak lama. Baguslah kalau begitu, kawan lama-lama pun buat apa kerana ia hanya menimbulkan perkara yang tidak baik.
Dah kahwin nanti, bina kerjaya sama-sama. Artis lelaki itu muncul dalam industri ini secara berkumpulan. Jika dia dalam debaran menunggu detik bahagia itu, seorang lagi anggota kumpulan itu pulak khabarnya sudah bertunang dengan teman sekampung.
Dalam dok sibuk dengan rakaman single baru, rupanya dua anggota kumpulan ini masih sempat memikirkan masa depan mereka. Pasti mereka lebih bersemangat untuk bekerja kerana sudah sah sang kekasih tak akan lari lagi.
Sebagai umat Rasulullah apabila kita mendirikan rumah tangga bermakna kita sudah berjaya menyempurnakan sebahagian daripada agama kita. SS harap mereka tidak menyembunyikan berita gembira itu daripada peminat. Janganlah risau pada status diri, solo, janda, duda, isteri atau suami orang kerana peminat lebih menghargai bakat yang ada.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: