SEORANG artis memberitahu rakan SS mengenai perilaku artis baru wanita yang dikatakan sudah mula berlagak diva sekalipun baru beberapa tahun bergelar anak seni. |
Kata artis itu kepada rakan SS, semuanya bermula apabila dia terbabit dengan satu program game show bersama artis baru wanita itu, baru-baru ini.
Pada peringkat awal, dia ditempatkan dalam kumpulan A dalam game show berkenaan, tetapi terpaksa bertukar kepada kumpulan B kerana artis baru itu ingin cepat-cepat beredar daripada rakaman program itu dengan alasan terbabit dengan satu projek teater.
Sedangkan kata artis itu, dia sudah pun siap berpakaian mengikut tema pasukan A seperti dijadualkan, tetapi alih-alih terpaksa ditukarkan kepada kumpulan B pula gara-gara mengikut kerenah artis baru yang turut menjual nama penerbit untuk mendapat pelepasan segera daripada program itu.
Kata artis itu lagi, perbuatan artis baru itu menyusahkan dirinya kerana terpaksa menukar baju sekali lagi untuk pasukan B pula.
Justeru, kata artis yang sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak kecil, dia serik untuk terbabit dengan mana-mana program bersama artis baru itu lagi pada masa akan datang.
Memanglah, kata artis itu, dia tidak menafikan artis baru itu mempunyai kelebihan dari segi paras rupa dan pakej untuk bergelar pelakon, tetapi kalau sekadar hanya cantik dan dalamannya buruk ia tidak akan membawanya pergi lebih jauh dalam industri seni tanah air nanti.
Apapun, SS harap, semoga artis baru itu cepat-cepat membuang tabiat buruknya itu kerana sikap `diva' itu hanya akan memusnahkan kerjaya seninya yang baru nak bermula.
Ini baru seorang pelakon tidak puas hati dengannya dan jika sikap buruknya itu berterusan, tidak mustahil, lebih ramai pelakon yang tidak mahu bergandingan dengannya dalam mana-mana program atau drama dan ia secara tidak langsung penerbit dan pengarah juga takut untuk mengambilnya berlakon nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: