Friday, May 8, 2009

Soseh Soseh: Rezeki Sepah makin murah


KEJAYAAN kumpulan pelawak Sepah muncul juara pertandingan Raja Lawak musim ketiga membuka mata banyak pihak. Sepah ternyata mempunyai tarikan tersendiri dengan lawak jenaka yang dipersembahkan.

SS pasti ramai peminat Sepah yang menantikan kemunculan kumpulan berkenaan dengan program terbaru. Selepas berakhirnya pertandingan yang menyaksikan peserta berkumpulan buat julung kali mencatat sejarah memenangi pertandingan program realiti itu.

Lawak kumpulan yang berasal dari selatan tanah air itu boleh disifatkan spontan dan semula jadi. Sepah yang dianggotai Mohd Nadzri Zainal atau Jep, 23, Shahmira Muhamad, 24, (Shuib) dan Mohd Noor Murad, 23 (Mamat, 23) tampil dengan program Kisah Sepah yang disiarkan di saluran Astro Ria mengenai kehidupan mereka sebelum bergelar artis.

Malah tidak cukup dengan itu, SS difahamkan Sepah turut dilamar stesen radio Era sebagai penyampai untuk segmen Sabtu jam 8 hingga 12 tengah hari. Segmen Sepah Era itu sudah bermula sejak minggu lalu.

Menurut sumber yang SS terima daripada pengurusan stesen radio itu, penampilan Sepah pada hujung minggu untuk memperkuatkan segmen mereka. Kebolehan Sepah berlawak jenaka di saluran radio itu pasti menjadi tarikan. Bukan hanya berceloteh kosong malah kebolehan trio berkenaan membuat lawak jenaka pasti meriuhkan suasana pagi.

Pemilihan Sepah menerusi program itu juga antara strategi stesen radio Era dalam usahanya bersaing dengan stesen lain. Malah pengambilan selebriti sebagai penyampai radio cukup sinonim dengan stesen berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: