Wednesday, May 13, 2009

Soseh Soseh: Abai isteri, anak apabila ada 'kawan baik'


TAK tahan dengan 'ragam' suami yang miang keladi, SS difahamkan isteri penyanyi terkenal ini dalam proses minta cerai dengan suaminya itu. Siapa yang tahan jika suami sudah melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sehingga sakit demam anak isteri pun dia tak pernah ambil tahu lagi.

Dari segi pemberian nafkah zahir batin, ada atau tidak, tak dapat pulak SS memastikannya.

Tetapi jika dah lama tak balik, bila penyanyi itu sempat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai suami. Kalau hendak bercakap mengenai nafkah zahir pula, nak kata penyanyi ini tak ada duit memang tidak logik kerana dalam kegawatan negara sekarang, shownya masih melambak.

Kalau dia tidak mahu berkongsi rezeki itu dengan keluarga atau sengaja buat-buat lupa nak bagi belanja kepada mereka, memang tak patut. Dek doa anak dan isterilah rezekinya melimpah ruah,

Bagaimanapun, bak kata pepatah, ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kalau SS jadi isteri penyanyi itu pun tak sanggup terus menanti seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Jika penyanyi itu sudah tidak sudi lagi mengambil tahu hal anak isterinya di kampung, apabila isteri minta cerai, lepaskan saja dengan cara baik.

Mungkin selepas perpisahan itu si isteri akan menemui pengganti yang lebih baik, tetapi jangan pula abaikan nafkah anak kerana setahu SS mereka masih bersekolah.

Khabarnya penyanyi ini dikatakan akrab dengan seorang artis, tetapi apabila ditanya sejauh mana hubungan mereka, jawabnya kawan baik. Namun, apa yang SS tahu hubungan mereka lebih daripada seorang kawan.

Jika tuan yang empunya badan tidak mahu mengaku kita tunggu sajalah. Sebelum penyanyi itu bertindak lebih jauh dengan 'kawan barunya' itu, SS harap dia kenangkan semula saat indah ketika bersama isteri dulu.

Sekiranya perkahwinan yang dibina belasan tahun dulu tidak disulam dengan kasih sayang, takkan keluar anak berderet? Tetapi begitulah hati manusia mudah berubah sehingga sanggup membunuh nostalgia silam saat bercinta dengan isteri yang bersusah payah melahirkan anak untuknya.

Penyanyi itu mesti ingat, yang baru tidak mungkin sanggup berkorban seperti isteri yang ada kat rumah itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: