| SIRI program realiti sensasi dan popular, Beauty and the Geek kini kembali memulakan siarannya untuk musim keempat menerusi 8TV setiap Sabtu, jam 10.30 malam. |
Saksikan sekumpulan wanita cantik bergandingan dengan sekumpulan lelaki cerdik yang kurang tahu bersosial dan fesyen. Siri yang memulakan tayangannya sejak 2 Mei lalu, pasti menjadi pilihan penonton yang gemar melihat aksi lucu dan mencabar peserta yang terbabit dalam program popular di Amerika Syarikat.
Musim ini bakal menyaksikan sembilan pasangan bersaing bagi merebut hadiah bernilai RM750,000 (AS$250,000). Antara cabaran yang bakal dihadapi semua pasangan ialah melakukan persembahan.
Antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh si ulat buku ialah mereka perlu membuat persembahan dan menyanyi rentak rap dan bertanding dalam malam prom. Si cantik pula perlu memasuki pertandingan debat dan menjadi guru gantian bagi penuntut tahun tiga.
Musim keempat juga bakal menyaksikan seorang lelaki kacak yang akan digandingkan dengan seorang gadis ulat buku. Sementara Sam, 26, yang juga seorang pengurus majlis sosial akan dipasangkan dengan Nicole gadis berusia 25 tahun dari Universiti Tufts.
Peserta yang bersaing antaranya David, 28 tahun yang bertugas sebagai Pentadbir Bahagian Kebakaran, Jesse (26 tahun, Jurutera Perisian), John (22 tahun, Pereka Litaran Analog), Josh (21 tahun, pelajar), Joshua (26 tahun, pelajar), Luke (23 tahun, pelajar), Tony (26 tahun, pelajar Perubatan), Will (23 tahun, Jurutera Perisian) dan William (25 tahun, Jurutera Perisian).
Sementara kategori The Beauties ialah Amanda (25 tahun, model), Erin (22 tahun, pendandan rambut), Hollie (26 tahun, artis), Jasmine (22 tahun, pengasuh), Jennifer (26 tahun, pelayan & model), Katie (25 tahun, Pengurus Jualan), Natalie (22 tahun, Pelayan & Model), Rebecca (24 tahun, Pelajar) dan Shalandra (26 tahun, Pelayan Bar).
Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata siri realiti musim terbaru pastinya mengundang ketawa dan cukup menghiburkan untuk ditonton. Saksikan persaingan dan cabaran yang bakal dilalui peserta dalam usaha mereka merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: