| MESKIPUN antara dirinya dan kekasih dicintai sepenuh hati sudah tiada apa-apa hubungan kerana cinta beralih arah, kasih dan perasaan sayang Irwansyah terhadap Acha Septriasa, tidak pernah sedikit pun berganjak. |
Malah penyanyi yang popular dengan lagu Ku Tunggu Jandamu ini sedar adalah sukar untuk bersatu semula, namun kehilangan Acha bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan.
Bahkan kerana terlalu terbawa-bawa perasaan kecewa, pernah timbul desas-desus kononnya pemuda diberi jolokan 'pretty boy' ini bertindak di luar kewarasan yang mengancam nyawanya.
"Memang ia meninggalkan kesan buat diri saya. Saya jadi susah makan, susah kerja, pokoknya saya jadi serba serbi tidak terurus.
"Memang sukar untuk terima hakikat perpisahan kami saat itu. Hampir dua bulan saya cuba pulihkan semangat, tetapi tidak sampailah tahap hendak membunuh diri.
"Cerita itu tidak benar sama sekali. Saya ini orang Islam dan kepada Allah tempat saya mengadu dan meminta kekuatan. Lagipun sebelum perpisahan itu berlaku, kami sudah berjauhan selama enam bulan," katanya.
Irwansyah berkunjung ke Kuala Lumpur bulan lalu bagi menjayakan Minggu Setiausaha di Hotel Istana sekali gus memperkenalkan album terbarunya, Soliter yang dipasarkan di sini tahun lalu.
Irwan dan Acha mengakhiri secara rasmi hubungan mereka pada 4 Disember tahun lalu. Punca utama keretakan hubungan mereka disebabkan jarak jauh apabila Acha mengambil keputusan melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam jurusan komunikasi massa di Universiti LimKokWing, di Cyberjaya, tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: