Wednesday, May 27, 2009

Shahid, Timberlake berkolaborasi


JUSTIN TIMBERLAKE dan MARTY KUDELKA


SHAHID KAPUR dilaporkan bakal menunjukkan skil di lantai tarian bersama bintang tersohor, Justin Timberlake. Marty Kudelka yang merupakan koreografer dan sahabat baik Timberlake telah hadir ke Mumbai pada Disember lepas untuk menyelaraskan babak tarian dalam filem terbaru Shahid, Yahoo.

Kudelka yang juga merupakan koreografer NSync dan penyanyi Pink, dikatakan telah tertarik dengan bakat tarian Shahid dan mahu mendapatkan khidmat pelakon kacak itu bagi menjayakan klip video terbaru Timberlake.

"Shahid merupakan seorang penari paling hebat pernah saya temui," ujar Kudelka menurut laporan majalah After Hrs. Menurut sumber, selepas kembali ke Amerika Syarikat, Kudelka telah memberitahu Timberlake tentang Shahid dan kini mereka berdua besar kemungkinan berkolaborasi.

Dalam pada itu, Shahid mengakui dia telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Kudelka, tetapi enggan memberitahu mengenainya secara terperinci.

"Menjadi sesuatu yang hebat bagi saya jika dapat bekerjasama lagi dengan Marty. Dia penari paling hebat di dunia. Saya telah menonton klip video Justin dan telah melihat corak tariannya. Ia hebat," ujarnya kepada IANS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: