Wednesday, May 27, 2009

Bergandingan menari bogel


AKSHAY KUMAR dan John Abraham.


DUA aktor Bollywood tersohor, Akshay Kumar dan John Abraham bakal berlakon sebagai penari tiang dalam filem terbaru yang bakal diterbitkan oleh Akshay sendiri.

Penari tiang biasanya akan melakukan tarian dengan membuka sedikit demi sedikit pakaian, sebelum berbogel tanpa seurat benang.

Menurut laporan IANS, Akshay dan John bakal beraksi sebagai penari erotik yang biasa dilakukan oleh perempuan itu, menerusi filem sulung arahan Rohit Dhawan, anak kepada pengarah terkenal Bollywood, David Dhawan.

"Akshay dan John bakal menjalani latihan tarian sebelum memulakan penggambaran filem itu," ujar sumber.

Akshay dan John pernah bergandingan menerusi filem Garam Masala.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: