Wednesday, May 27, 2009

Anak perempuan Tyson kritikal


TYSON tiba di Hospital St. Joseph, Phoenix untuk melawat anak perempuannya kelmarin.



Tyson


PHOENIX - Anak perempuan bekas juara tinju dunia, Mike Tyson kini bergantung kepada mesin bantuan hayat selepas lehernya dipintal oleh tali sebuah mesin senaman kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut polis, kejadian itu berlaku di rumah ibu kanak-kanak tersebut.

Anak Tyson yang bernama Exodus itu ditemui oleh abangnya terperangkap dengan lilitan tali mesin senaman.

Ibu kanak-kanak itu kemudian menyelamatkannya dan menghubungi perkhidmatan kecemasan selain cuba untuk menyedarkannya semula.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada beberapa pegawai dan pemeriksaan awal termasuk soal siasat awal, ia merupakan kemalangan yang tragis," kata seorang jurucakap polis, Andy Hill.

Menurutnya, kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, kanak-kanak itu sedang bermain dengan alat senaman itu ketika kejadian berlaku.

Tyson yang tidak berada di rumah ketika kejadian bergegas pulang ke Phoenix dari Las Vegas selepas diberitahu mengenai kejadian itu.

Stesen-stesen televisyen melaporkan bekas petinju itu tiba di Hospital St. Joseph dengan menaiki teksi dan tidak memberi sebarang ulasan ketika menuju ke katil anak perempuannya. Tyson merupakan lelaki termuda yang pernah menjuarai gelaran tinju heavyweight dunia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: