SATU yang pasti ketika ini adalah Joyah ternanti-nanti tayangan telemovie Mabuk Estrogen, lakonan Roslan bersama Fizz Fairuz yang pernah mencetuskan kontroversi tak lama dulu.
Bukannya apa, ada dakwaan kononnya ia mengandungi
adegan bercium dalam drama arahan Jinggo itu.
Sedangkan Roslan dan Fizz sendiri sudah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa babak itu adalah babak bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) oleh watak lakonan Fizz Fairus terhadap Roslan Shah yang lemas.
Joyah bukanlah tak kisah perihal perkara itu kalau dah mereka kata itu adalah kaedah CPR. Yang Joyah nak tonton adalah ceritanya dan mesej yang mahu disampaikan.
Sebab Joyah tahu kalau di tangan Jinggo, mesti drama itu memberi satu kesan kepada penonton. Lagipun, air tangan Jinggo antara drama yang Joyah suka tonton sebab sedih memanjang.
Tapi sampai sekarang drama itu tak muncul-muncul di kaca televisyen. Khabarnya bulan April mahu tayangkan tapi dah masuk bulan Mei, senyap sahaja mengenainya.
Joyah perhatikan, publisiti mengenainya pun tak ada diuar-uarkan. Joyah tertunggu-tunggu juga bila agaknya nak disiarkan? Nak juga Joyah tengok macam mana hasil lakonan Roslan Shah dalam drama itu.
Hebatkah? Kalau hebat Joyah pasti mesti ada yang makan hati dengan populariti Roslan kerana selepas ini pasti ramai penerbit mahu mengambil dia berlakon.
Cuma Joyah dengarlah kan, selepas berlakon dalam drama ini, Roslan tak mahu lagi membawakan watak lembut. Kenapa ya?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: