Menjadi wanita bukan satu tugas yang mudah. Menjadi wanita yang bergelar ibu tunggal dan punya anak tiga, lebih payah, apatah lagi kalau seseorang itu insan popular.
Apa pun hakikat itu turut diakui
oleh pelakon jelita Abby Abadi yang akhir-akhir ini semakin rancak berlakon semula.
Maklumlah kata Abby, sekarang dia perlu mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya. Sejujurnya kata Abby, dia tidak mahu orang melabelkan dirinya sebagai wanita yang mengharap belas dan simpati orang untuk mencari sesuap nasi.
Ketabahan Abby bergelar ibu tunggal, cerita suka dan duka bergelar isteri dan ibu bakal dikongsi dengan peserta Bengkel Sihat Cantik Jamu Mak Dara yang akan berlangsung pada 9 Mei ini di Hotel Quality, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
“Abby bukan hendak burukkan sesiapa. Abby cuma akan berkongsi petua menjadi wanita yang lebih tabah, menjadi wanita yang kuat kepada wanita-wanita lain.
“Bila diberi tawaran oleh pihak Jamu Mak Dara, Abby terus setuju menyertai bengkel berkenaan, sebab Abby memang mahu bertemu dengan kaum wanita, bercerita dan berkongsi masalah kami.
“Kalau dapat, Abby akan memberikan petua berguna bagaimana berhadapan dengan masalah terutamanya bila suami buat perangai di belakang isteri,” demikian kata ibu muda yang cukup tabah ini.
Ha.. jangan anggap Abby hendak buka pekung di dada pula sudahlah ya. Apa yang pasti, peserta boleh tanya apa saja kepadanya dan dia akan menjawab dengan sebaik mungkin untuk memberi panduan dan semangat kepada wanita yang memerlukan khidmat nasihatnya.
Wah, lepas ni Abby bolehlah jadi penceramah motivasi untuk wanita pula nampaknya. Siapa tahu, kalau memang Abby seorang yang cukup berbakat dalam acara seperti ini. Dengar bayaran hanya RM150 menyertai bengkel ini, peserta disediakan macam-macam hadiah menarik, termasuk makan minum dan sijil penyertaan.
Bukan saja Abby, jurusolek tersohor, Deq Sha juga bakal menurunkan petua-petua solekan ala artis popular. Nak muka macam Nurul, muka Fasha Sanda, muka Rozita Che Wan, Deq Sha boleh ajarkan.
Turut tidak dilupakan, pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah Shuib bakal berkongsi petua hidup sebagai wanita yang sihat dan cantik, luar dan dalam. Rahsia “dalaman” pun Ibu Halimah akan ajar dalam segmen senaman selama beberapa jam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: