Wednesday, May 13, 2009

Risau kepala anak lebam


MARC ANTHONY dan Jennifer Lopez bersama anak kembar mereka Emme dan Max.


Ibu mana yang tidak risau bila melihatkan anaknya berada dalam kesakitan. Perasaan itu turut membelenggu penyanyi dan pelakon popular, Jennifer Lopez, apabila dahi salah seorang anak kembarnya, Emme, mempunyai kesan lebam.

Tidak senang duduk, Jennifer berdoa siang dan malam agar tiada peristiwa buruk akan berlaku kepada Emme.

Malah, suaminya, Marc Anthony yang begitu risau dengan keadaan Emme dengan pantas membawa anak kecil itu bertemu doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut.

"Mungkin perkara ini nampak kecil, tapi kami sangat risau. Waktu itu, rasa seperti jantung saya mahu jatuh. Saya tidak dapat bertenang selagi Emme tidak sihat sepenuhnya," ujar ibu yang telah melahirkan kembar, Max dan Emme awal tahun lalu kepada Contactmusic.

Pengalaman yang cukup menakutkan itu membuatkan pasangan ini memikirkan bagaimana agaknya keadaan ibu bapa yang kurang berkemampuan jika tidak dapat memberikan rawatan terbaik untuk anak-anak mereka.

Kebetulan, Jennifer mendapat tahu kewujudan Pertubuhan Maribel bersama Hospital Kanak-Kanak Los Angeles yang menawarkan penjagaan kesihatan kanak-kanak bagi golongan kurang berkemampuan.

"Saya mula memikirkan jika saya tidak mampu membayar kos perubatan anak-anak, apa yang saya boleh buat dalam keadaan itu?" katanya yang baru saja muncul dalam acara untuk membantu tabung Hospital Kanak-Kanak Los Angeles itu beberapa hari lepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: