Wednesday, May 13, 2009

Bengang!Bengang!Bengang!


MARIAH CAREY bersama suaminya, Nick Cannon. Kiri. Eminem.


Memang sejak awal kemunculan Eminem, penyanyi hip hop ini sering menggunakan nama-nama selebriti popular Hollywood dalam lirik lagu nyanyiannya.

Kebanyakan selebriti seperti Britney Spears, Madonna, malah Bill Clinton juga pernah dikutuk Eminem dalam lagu-lagunya sebelum ini.

Terbaru, suami Mariah Carey, Nick Cannon melahirkan rasa 'meluatnya' apabila nama Carey dikaitkan dalam album terbaru Eminem, Relapse.

Dalam lagu yang berjudul Bagpipes From Baghdad, Eminem meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap hubungan Carey dan Cannon.

Dalam bait lirik itu, Eminem seolah-olah 'menghasut' Carey dengan mengatakan wanita itu sepatutnya memutuskan hubungan dengan Cannon dan membayangkan seolah-olah dia lebih sesuai berada di sisi penyanyi jelita lagi seksi itu.

Malah, Eminem turut mencerca Carey dengan menggambarkan seolah-olah Carey adalah seorang wanita murahan kerana menjalin hubungan dengan Cannon.

Cannon membalas balik kata-kata Eminem itu melalui blognya dan memerli Eminem dengan berkata:

"Masih lagi begitu obses dengan isteri saya? Wanita yang pernah dicintainya lapan tahun yang lalu!"

Cannon turut menawarkan diri untuk berlawan secara lelaki terhadap 'musuhnya' itu.

"Apa kata kita berjumpa secara bertentang mata dan selesaikan masalah ini dengan cara dewasa? Ini adalah jemputan saya kepada kamu, bila-bila masa sahaja, akan saya tunggu," kata Cannon dalam blognya dalam bahasa cukup membayangkan betapa bengang dia dengan kata-kata Eminem itu.

Bagaimanapun, buat masa ini, tiada sebarang pembalasan yang dibuat oleh Eminem sendiri, malah dia langsung tidak menyahut cabaran yang dibuat oleh Cannon itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: