Tuesday, May 12, 2009

Respirasi Muzik: Sonar penuh makna tersirat


YAKIN lagu dihasilkan boleh diterima peminat muzik tempatan, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Sonar tampil dengan album sulung, Sihir Untuk Yang Tersayang.

Album: Sihir Untuk Yang Tersayang
Artis: Sonar

YAKIN lagu dihasilkan boleh diterima peminat muzik tempatan, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Sonar tampil dengan album sulung, Sihir Untuk Yang Tersayang.

Lagu dimuatkan dalam album ini berupa himpunan karya yang dihasilkan penyanyi utamanya Islah Wahyudi Zainuddin (Islah) bermula dari 2002 hingga album ini disiapkan tahun lalu.

Turut menganggotai kumpulan ini Md Zaid Md Zakaria (Ezay-bass/gitar kedua) dan Zulhasyemi Mohd Shafie (Badang-gitar). Kumpulan ini turut menggunakan khidmat anggota kumpulan Spider, Ayie untuk bermain dram.

Bernaung di bawah syarikat rakaman milik M Nasir, Luncai Emas, Sonar boleh dianggap bertuah kerana penghasilan Sihir Untuk Yang Tersayang turut mendapat bantuan ramai pihak, termasuk komposer terkenal itu sendiri.

Antara yang turut membantu termasuk anggota kumpulan Exist, Along dan Mujahid untuk menghasilkan susunan muzik.

Album ini berkonsepkan rock, tetapi menampilkan lirik bertemakan cinta dan disampaikan dalam 'mood' yang agak berat dan penuh dengan makna tersirat.

Menarik album ini turut menampilkan lagu patriotik, Suara Tanah dan puisi seperti Dia Adalah Kecantikan. Bezanya ia didendangkan dalam irama sedikit keras namun masih tidak lari daripada citarasa muzik yang diminati.


Single pertama daripada album ini, Cuma Dia dirasakan mampu menarik perhatian pendengar, kerana lirik dihasilkan begitu kreatif dan muziknya juga penyampaiannya lebih bersahaja.

Antara lagu lain terdapat dalam album ini Sungguh, Sianida, September Berdarah, Derita Berwajah Pesona, Ritual Penyerahan Jiwa dan Gian Untuk Bersamamu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: