Sunday, May 3, 2009

Peserta OIAM 3 berkualiti

SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada 8TV atas kejayaan One in a Million musim ini. Rasanya tidak melampau kalau saya katakan OIAM 3 mempunyai barisan peserta top 12 yang paling berkualiti dari segi kualiti vokal, ‘kecerdikan’ muzik’ hinggalah ke faktor paras rupa dan personaliti jika dibandingkan dengan program realiti pencarian bakat tempatan yang lain.

Tagline Find Your Own Voice juga tepat kerana para peserta cukup yakin dengan gaya mereka yang unik dan tersendiri, senang kata memang tak ada ‘sampah’ pun dalam program ini.

Pada awalnya, saya agak skeptikal apabila senarai peserta top 12 diumumkan kerana terkandung beberapa orang artis yang sebelum ini saya kategorikan sebagai ‘suam-suam kuku’.

Pandangan saya ternyata meleset, Tomok, sebagai contoh sering memberikan persembahan yang kreatif dan telah berjaya membuktikan kepada Malaysia kebolehan sebenar dirinya.

Saya juga memuji komen Syafinaz Selamat dan Paul Moss kerana tidak memanjakan peserta-peserta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: