![]() |
| ANIL (kiri) dan Amitabh telah melupakan permusuhan masa lampau mereka. |
AMITABH BACHCHAN dan Anil Kapoor pernah bermusuhan, tetapi mereka kini dilaporkan telah melupakan perselisihan faham disebabkan anak mereka bergandingan dalam filem yang sama.
Apabila anak Amitabh, Abhishek Bachchan dan anak Anil, Sonam Kapoor digandingkan menerusi filem Delhi 6, tiada siapa menyangka ia adalah pencetus kepada tamatnya 'perang' yang meletus antara Amitabh dan Anil.
Kedua-dua Amitabh dan Anil melupakan ego masing-masing apabila Anil hadir pada majlis tayangan perdana filem Hollywood lakonan menantu Amitabh, Aishwarya Rai, The Pink Panther 2.
Anil sebenarnya telah dijemput khusus oleh Amitabh sendiri.
Satu sumber memberitahu IANS: "Permusuhan antara Anil dan Amitabh kini hanya tinggal sejarah. Semuanya gara-gara anak masing-masing berlakon dalam filem Delhi 6. Malah, Sonam sendiri sudah menjalinkan hubungan baik dengan Abhishek."
Anil dan Amitabh saling bermusuhan sebelum ini selepas mereka dikatakan sering bersaing untuk mendapatkan tawaran berlakon filem-filem bajet besar di Bollywood.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: