Tuesday, May 12, 2009

Rubina mahu jadi Preity




Pelakon kanak-kanak yang mencipta nama menerusi filem Slumdog Millionaire, Rubina Ali bercita-cita mahu menjadi aktres terkenal seperti ikon pujaannya, Preity Zinta.

Ketika ditemu bual media baru-baru ini mengenai siapakah aktres Bollywood yang menjadi idolanya, pantas Rubina berkata: "Preity Zinta! Saya mahu mengikut jejak langkah Preity."

Apabila Preity mengetahui mengenai perkara itu, dia berasa sungguh terharu.

Menurut satu sumber, Preity sangat terharu apabila mendapat tahu Rubina mahu mengikut jejak langkahnya.

"Dia memuji lakonan Rubina dan merasakan Rubina berhak meraih lebih banyak peluang dalam dunia lakonan. Dia berharap Rubina akan sentiasa berbahagia dan mencapai sukses pada masa depan," ujar satu sumber.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: