Wednesday, May 13, 2009

Panel TV: Nasi Lemak, Kopi O berwajah baru


SELEPAS tiga tahun bersiaran, TV9 dengan tagline Di Hatiku yang tampil ceria, kontemporari dan menarik kini berusaha keras menerbitkan pelbagai sajian menarik bagi menepati cita rasa penonton setia mereka. Terbaru, rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O kini muncul dengan wajah baru serta menjanjikan informasi yang lebih padat serta pelbagai, berbeza dengan rancangan bual bicara yang lain.

Masih lagi mengekalkan waktu siaran seperti biasa iaitu jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, Nasi Lemak Kopi O kini menampilkan tiga tema menarik pada hari Jumaat (Rest & Relax), Sabtu (Savvy & Witty) dan Ahad (In Style). Ketiga-tiga tema yang dipilih ini bersesuaian dengan jiwa penonton yang menginginkan kepelbagaian maklumat sebagai juadah pembuka minda di hujung minggu.

Penonton bukan hanya disajikan dengan wajah baru yang lebih menarik, malah segala topik perbincangan juga semakin kreatif dan memberi maklumat bermanfaat. Secara ringkas, hari Jumaat akan mengetengahkan beberapa segmen seperti Tolong Jawab, di mana hos akan mengemukakan soalan mengenai isu semasa kepentingan umum yang mendesak, segmen Eh Dia Ni dan segmen Jom Cuti. Pagi Jumaat anda juga akan disajikan dengan segmen Diari atau Public Service Announcement yang menyentuh isu sosial masa kini. Penonton akan ditemani oleh pengacara Aziz Desa dan Sharifah Shahira selama dua jam.

Manakala pagi Sabtu yang mengetengahkan tema Savvy & Witty atau Prihatin & Bijak pula akan menampilkan Abu Talib dan Syarifah Nur sebagai hosnya. Antara lima segmen yang akan ditekankan disamping segmen lain adalah Yang Terhangat iaitu jemputan yang dikategorikan penting, 1Malaysia Video/Foto/Surat, Filem & Teater, Whatever/Gen Y serta persembahan komedi.

Seterusnya, buat peminta gaya dan fesyen, pagi Ahad yang membawa tema In Sytle pasti memberi kepuasan penonton serta menyegarkan minda. Dihoskan oleh Farrah Adeeba dan Syarifah Nur, Nasi Lemak Kopi O akan turut mempersembahkan empat segmen utama menarik iaitu Tip Top, Pedas, Jom Masak, Polis & Orang Ramai dan Cantik (Fesyen & kecantikan).

Seperti biasa, Nasi Lemak Kopi O masih mengekalkan persembahan artis jemputan yang menjadi penyeri rancangan ini. Nasi Lemak, Kopi O, celoteh pagi dan persembahan artis, pasti melengkapkan permulaan hari anda pada hujung minggu.

Justeru jangan lupa untuk saksikan Nasi Lemak Kopi O Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 8.00 pagi yang berwajah baru dan menarik serta tampil berinformasi dengan pelbagai segmen bermanfaat. Pastikan hujung minggu anda ceria dengan ditemani pengacara TV9 Di Hatiku.

1 comment:

  1. Program yang saya sukai dan membuka minda dalam perniagaan.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: