Wednesday, May 13, 2009

Dengarnya... Pelakon terpaksa jadi pelacur


TERKEJUT besar juga Cik Normah apabila mendapat tahu ada seorang pelakon seberang yang cantik jelita menjadi pelacur di Malaysia. Biar betul tapi cerita ini memang sungguh berlaku dan bukan omong kosong. Cerita ini dimaklumkan sendiri pelakon terbabit yang baru saja ditemui rakan sepejabat Cik Normah baru-baru ini.

Mulanya, Cik Normah sendiri dalam keadaan hairan bin ajaib mengenai kenyataan pelakon yang pernah bercinta dengan seorang aktor dan penyanyi popular dari sana juga. Takkan pelakon yang bergetah itu sanggup melakukan perkara terkutuk itu semata-mata untuk mendapatkan wang demi menjalani kehidupan.

Tak silap Cik Normah pelakon itu memang datang daripada keluarga yang berada. Malah mampu tinggal di sebuah tempat elit di tengah-tengah kota metropolitan. Mustahil juga, dia sanggup menggadaikan maruahnya melakukan perkara yang dilaknat Tuhan itu.

Sebenarnya semua hanya projek istimewa yang dilakukannya bersama rakan satu universiti. Ia adalah projek filem pendek yang harus dilunaskan seiring dengan kursus pengajian yang diambilnya. Selain memegang watak sebagai pelacur, pelakon itu turut merasai nikmat bergelar pembantu pengarah dan berada dalam kelompok kru.

Jika sebelum ini, dia hanya berlakon dan diarahkan buat itu ini. Namun, menerusi projek itu, dia dapat menimba pengalaman berharga bekerja di belakang tabir. Ia menjadi peluang berharga yang bagus untuk kelancaran kerjayanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: