Wednesday, May 13, 2009

Abby kongsi rahsia bila suami berubah





altAbby Abadi kini tidak lagi lemah setelah rumah tangganya runtuh. Sebaliknya dia semakin kuat dan bersedia berdepan dengan khalayak dan memperkatakan pasalnya.

Abby sedia berkongsi kekuatannya dalam menghadapi masalah itu. Tiada sebab untuknya sentiasa bersedih sebaliknya sentiasa mahu bergerak ke depan.

Baru-baru ini Abby menjadi salah seorang spoke person dalam bengkel kecantikan, Bengkel Cantik Sihat Mak Dara di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Antara lain Abby menurunkan petua untuk mengenali ciri-ciri perubahan yang ada dalam diri seseorang lelaki apabila memiliki wanita lain.

"Antara perubahan yang boleh dilihat ialah apabila lelaki itu selalu pulang lewat dan sifatnya berubah menjadi orang yang mudah marah," kata Abby kepada peserta bengkel tersebut.

Namun sepanjang bercerita pasal masalah-masalah tersebut, Abby bercerita secara umum dan tidak menyebut mana-mana nama lelaki. Cara Abby lebih kepada memberikan tip berdasarkan pengalaman sendiri dan juga mungkin pengalaman orang lain di sekelilingnya.

altBaik dengan Zul

Sesi soal jawab turut membuka peluang kepada peserta bertanyakan kemusykilan kepada Abby dan pelakon itu sedia menjelaskan apa sahaja yang ditanya kepadanya.

Antara yang menghangatkan suasana ialah apabila nama pelakon Zul yang dikaitkan dengannya turut ditimbulkan.

"Ya saya akui saya berkawan dengan Zul dan sekarang Zullah kawan lelaki yang rapat dengan saya, kami masih berkawan," akui Abby.

Ada juga yang bertanya sama ada Abby turut mencari kesilapan diri sendiri apabila berlaku kemelut dalam rumah tangganya.

"Ya saya akui saya juga ada kesilapan dan saya berusaha memperbaikinya, sebab itulah saya sanggup bersabar selama beberapa tahun demi memulihkan rumah tangga saya.

"Tapi nampaknya hanya saya sahaja yang mahu mempertahankannya," kata Abby lagi.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: