SEJAK bergelar Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, rezeki Nabil nampaknya semakin mencurah-curah. Bukan saja tawaran berlakon tetapi juga undangan untuk membuat persembahan semakin lebat diterima jejaka ini.
Terbaru, buat kali kedua pelakon dan pelawak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini muncul untuk menghiburkan pengunjung Restoran Seri Melayu membuat persembahan sempena sambutan Hari Ibu dan Bapa yang akan diadakan pada 16 Mei ini di restoran berkenaan.
Bertemakan warna hijau dan kuning, acara yang bermula pada jam 11.30 pagi itu memberi peluang kepada orang ramai untuk meraikan ibu bapa kesayangan mereka sambil menikmati hiburan yang akan dipersembahkan Nabil bersama seorang lagi artis terkenal, Ramlah Ram.
Untuk persembahan kali ini, Nabil menjanjikan persembahan istimewa dan pastinya kekuatan anak muda ini terletak pada lawak jenakanya yang memang melucukan serta gaya selamba yang selama ini menjadi identitinya.
Manakala Ramlah yang dijangka akan muncul bersama album baru tidak lama lagi ini akan menghiburkan tetamu dengan lagu popularnya yang malar segar serta alunan vokal yang mantap.
Bukan sekadar hiburan yang menjadi halwa telinga tetapi juga pengunjung berpeluang untuk menangi hadiah hebat yang disediakan penganjur.
Seperti tahun sebelumnya, dua anugerah dan dua hadiah khas disediakan iaitu Anugerah Ibu RSM 2009, Anugerah Bapa RSM 2009, kategori umur paling tua di kalangan tetamu yang hadir, ibu dan bapa dengan kehadiran anak paling ramai serta keluarga yang sporting apabila mereka berpakaian sedondon mengikut warna tema yang ditetapkan iaitu hijau dan kuning.
Sepanjang majlis berlangsung, tetamu akan dihidangkan dengan lebih 150 hidangan secara bufet dan antara aktiviti yang akan memenuhi majlis santai ini ialah persembahan tarian dari kumpulan Canggong Production serta cabutan nombor bertuah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: