DAH lama betul Cik Normah tak mendengar khabar berita pelakon cantik Nasha Aziz. Ke mana agaknya Nasha menghilang ya? Wajahnya sekarang jarang muncul di kaca televisyen. Kalau dulu wajah Nasha adalah antara yang top.
Walaupun sudah lama tak muncul di TV, Cik Normah dengar Nasha masih lagi minat berlakon. Khabarnya Nasha bakal bergandingan sekali lagi dengan hero terkenal, Rosyam Nor. Dengarnya sudah hampir enam tahun mereka tak bergandingan iaitu selepas kali terakhir dalam filem Laila Isabella.
Mereka bakal bersatu kembali dalam drama bersiri 26 episod yang berjudul Isabella terbitan Suhan Movies. Drama berkenaan akan mengisi slot Astro Megadrama di Astro Ria jika tak silap Cik Normah.
Wah sudah sekian lama tak bersama apakah masih wujud lagi keserasian antara dua pelakon ini? Tak sabar Cik Normah nak melihat mereka bergandingan semula. Cik Normah memang suka menonton lakonan mereka jika digandingkan bersama, memang romantik dan tangkap leleh dibuatnya.
Kita sama-sama nantikan Isabella yang khabarnya akan memulakan penggambaran September nanti. Bukan saja Cik Normah yang tak sabar, Rosyam sendiri dengar ceritanya dah tak sabar nak kembali bergandingan dengan pelakon cantik itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: