![]() |
| |
WAH!WAH!WAH! Joyah dengar juara Raja Lawak musim kedua dan Artis Paling Popular ABPBH bukan main galak kumpul harta sekarang.
Sekarang ini pun dalam koleksinya dah ada dua tiga buah kereta, tak kisahlah kalau ada yang dia peroleh secara percuma daripada kemenangannya.
Tapi yang penting, sejak jadi artis, dapatlah dia pakai kereta idaman dan membeli motosikal berkuasa besar pilihan hatinya.
Sejak jadi artis popular juga, Nabil dapat kumpul banyak duit. Mana taknya, Joyah dengar show tak henti-henti. Pula itu, stesen televisyen berebut-rebut nakkan dia jadi hos.
Bertuah ibu yang mengandungkan Nabil.
Terkini Joyah dengar, Nabil mengintai sebuah penthouse, lot tepi yang terletak di tingkat 19. Wah! Eksklusif sungguh lokasinya.
Joyah dengar hampir setengah juta jugalah harga aset terbarunya itu. Di mana? Lokasinya, tak payahlah Joyah bagi tahu. Yang penting lokasinya di ibu kota.
Dah siap-siap beli rumah ni, Joyah nak tanya, perancangan untuk hidup berdua ke Nabil? Iyalah, sekarang ini pun Nabil dan buah hatinya, Irma Hasmie macam belangkas.
Nabil pun khabarnya tak mahu tunggu lama-lama. Baguslah begitu. Orang kata, mungkin dah hampir sampai seru jodoh mereka.
Bertuahlah badan Irma. 'Cuci kaki' sahaja bila menjadi Puan Nabil nanti. Semua Nabil dah sediakan. Joyah tumpang gembira sahajalah!

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: