INI satu lagi kes liat nak bayar gaji pekerja. Joyah tak tahu mengapa perkara sebegini masih berlaku.
Kalau nak kata syarikat itu syarikat kecil, lainlah. Mungkin modal pusingan mereka pun ciput. Ini syarikat konglomerat. Tapi bila nak bayar gaji, bukan main susah lagi.
Syarikat besar ini mengupah syarikat kecil untuk menerbitkan drama-drama tempatan bagi tayangan sebuah stesen televisyen.
Tapi mereka ini membayar karyawan ciput bukan main. Kiranya tak sesuailah dengan kerja-kerja yang dilakukan.
Pula itu, sistem bayaran yang diguna-pakai menyusahkan. Mereka kena kerja dahulu baru dibayar gaji.
Kalau sebulan, sebulan kemudianlah baru gaji diberi. Masalahnya mereka yang bekerja ini bukan bekerja dengan syarikat besar itu.
Lainlah kalau mereka kakitangan. Masuk akallah juga gaji dibayar setiap hujung bulan. Ini mereka hanya bekerja di syarikat yang diupah oleh syarikat besar lagi ternama ini.
Yang kelakarnya, nak bayar gaji pun syarikat ini berdolak dalih. Janji hanya tinggal janji. Sedangkan para karyawan yang bekerja itu pun perlu beri makan kepada anak isteri, bayar bil itu ini.
Kalau macam inilah gayanya syarikat besar ini, buat malu company sahaja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: