Sunday, May 17, 2009

Linda Onn bercuti ke London dengan siapa?

ORANG kata dah penat bekerja, kenalah bercuti untuk rehatkan diri serta minda dan khabarnya pengacara popular Sinar, Linda Onn sudah awal-awal lagi tempah tiket penerbangan ke Kota London.

Selepas sibuk mengacarakan majlis Pencarian Kacak Bergaya Vigor-Pancaindera 2009 minggu lepas, Linda terus pergi bercuti.

Dia mahu bercuti sakan di sana dan Joyah dengar, dah alang-alang berada di Eropah, Linda mahu terus melancong ke kota cinta, Paris.

Dengarnya, dia juga mahu ke Itali. Wah! Nampaknya kota-kota pilihan Linda ini kota yang penuh cinta dan romantis.

Ada apa-apa ke Linda? Pergi dengan siapa ke sana? Buah hati baru ke? Setahu Joyah hati Linda masih lagi kosong, belum diisi dengan cinta baru.

Relakslah! Linda tak pergi dengan mana-mana lelaki pun. Tapi dia pergi bercuti dengan kakak kesayangannya serta beberapa teman mereka.

Dia bercuti sakan selama dua minggu dan Joyah pasti, mesti banyak Linda memborong di sana. Dengarnya Linda dah pasang angan-angan mahu menambah lagi koleksi beg LV kesukaannya.

Nantilah kalau Linda dah pulang nanti, Joyah akan risik-risik cerita penggembarannya di sana dan apa dia borong.

Manalah tahu, kot-kot Linda juga bertemu dengan lelaki baru yang mampu mengubat hatinya yang masih luka nestapa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: