Meriahnya sambutan peminat semasa artis dan krew Roadshow Soyo & URTV dengan kerjasama Mangga Online singgah di Kuching dan Miri, Sarawak baru-baru ini.
Itulah namanya peminat setia yang sanggup menunggu sehingga program berakhir tanpa berganjak. Artis juga seronok menyanyi apabila melihat respons penonton yang memberangsangkan.
Aktiviti di Kuching
Destinasi pertama roadshow di Kuching ialah di Choise Supermall. Walaupun pentas dan ruang menonton agak kecil, namun peminat tidak kisah dan kelihatan seronok berhibur.
Mereka tak lepaskan peluang merakam gambar dan menyanyi bersama-sama artis. Kali ini giliran Haiza dan Azza menjadi pengacara. Mereka juga turut menyanyi lagu-lagu masing masing semasa mengadakan persembahan.
Turut bersama-sama Aizat dan Adie daripada kumpulan baru bernama Adri Band.
Selepas selesai di Choise, kesemua krew dan artis bergegas ke E Mart Kuching pula. Di sana lebih lapang kerana tempatnya lapang dan besar.
Penonton juga lebih selesa menonton persembahan. Selain mengadakan persembahan, pertandingan Juara Soyo Tarik juga turut mencuit hati penonton.
Peserta dikehendaki membuat air soya Soyo tarik dengan gaya tersendiri mengikut lagu Goyang Inul yang dimainkan.
Macam-macamlah gelagat peserta yang mencuit hati. Namun peserta sporting dan mampu menghiburkan penonton.
Selain itu pembeli air minuman Soyo yang dijual dengan harga istimewa juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hamper serta telefon bimbit.
Mereka juga dapat peluang bersemuka dengan artis undangan dan mengadakan fotografi bersama serta hadiah penyertaan di atas pentas. Di Miri juga hadiah yang sama mereka terima.
Aktiviti di Miri
Selepas selesai aktiviti di E Mart yang dijalankan sebelah petang, 23 Mei 2009, krew bergegas ke lapangan terbang untuk ke Miri pula. Penat sungguh, tapi demi mendekati diri dengan pembaca dan pelanggan terpaksalah dilalui segala-galanya.
Roadshow pertama di Miri diadakan di depan pasaraya Boulevard di dalam kompeks membeli-belah Boulevard, Jalan Utama, Miri.
Di sana ruang pentasnya terbatas, namun peminat tetap setia menonton. Malah jualan produk Soyo juga amat memberangsangkan.
Kebetulan di tempat letak kereta kompleks itu diadakan perlawanan bola keranjang jalanan. Malah peserta pertandingan itu turut menonton roadshow selepas aktiviti mereka berakhir.
Sesudah itu sekali lagi E Mart menjadi destinasi. E Mart Miri menjadi tumpuan penduduk untuk mendapatkan barang keperluan harian.
Tidak mustahil apabila berpusu-pusu peminat menonton persembahan. Ada juga peminat yang datang dari Brunei kerana lokasinya tidak jauh dari sempadan negara itu.
Itulah destinasi yang berjaya mengumpul penonton paling ramai sejak siri roadshow diadakan.
Di sana ada juga pertandingan Juara Soyo Tarik. Selesai sahaja acara, terus bersiap sedia ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Di E Mart juga ada gerai barang basah termasuk ikan terubuk masin istimewa Sarawak. Masing-masing tak lepaskan peluang membawa pulang sebagai buah tangan dan juga untuk dimakan sendiri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: