Wednesday, May 27, 2009

Ello tak mahu bicara pasal cinta

altEllo sebuah nama baru bagi peminat di Malaysia. Namun di negaranya Ello salah seorang penyanyi yang semakin popular.

Kalau menonton siaran TV di sana, khususnya yang berkonsep hiburan, lagu Ello, Masih Ada, Andai Selamanya dan lain-lain sering dimainkan.

Ello juga tampil dengan wajah baru. Pada awal kemuncukannya melalui album sulung beberapa tahun lalu, badan Ello agak berisi.

Kini apabila menurunkan berat badan terserlah ketampanan anak teruna penyanyi Diana Nasution yang popular dengan lagu Benci Tapi Rindu pada awal tahun 1980-an dulu.

Sudah berpunya ke Ello ni?

Ello mengakui dia tidak selesa berbicara pasal kisah peribadi, lebih-lebih lagi pasal cinta.

"Saya memang tak suka bercerita pasal personal. Bukan sahaja di Malaysia, tapi kepada media di Indonesia juga saya tak bercerita pasal peribadi.

"Saya selesa kalau berbicara padal kerjaya saya, tapi bukan perkara yang jadi privasi saya," kata Ello.

Namun Ello mengakui hatinya sudah dimiliki oleh seseorang yang sangat cantik pada pandangan matanya.

altMalah wanita itu juga menyokong kerrjaya seninya dan seorang yang sangat memahami dirinya.

"Namun siapakah wanita itu biarlah ia menjadi rahsia saya," kata Ello semasa bertemu media di Malaysia baru-baru ini.

Tak Mahu Berlakon

Kalau kita tonton drama dari Indonesia yang banyak disiarkan di negara ini, ramai sungguh penyanyi yang berlakon drama. Yang berlakon filem juga ramai.

Agnes Monica, Irwansyah antara penyanyi yang juga sangat popular di dalam drama. Adakah Ello juga berminat untuk menjadi pelakon.

Kalau anda mahu tunggu kelibat Ello dalam drama, buat masa ini lupakan dulu kerana dia tidak mahu melakukan sesuatu yang di luar minat dan keupayaannya.

"Saya mahu tumpukan kepada nyanyian sahaja kerana di altsinilah minat saya. Saya akui ada banyak tawaan tapi saya menolaknya kerana tak berminat," kata Ello.

Ello kuat pendirian dan tak mahu melakukan apa yang bukan bidangnya. Dia tegas dengan keputusannya.

"Saya tak tanya pun siapa yang akan mengarah dan bagaimana konsep filemnya kerana saya memang tidak berminat," kata Ello lagi.

Album baru hot

Album terbaru Ello berjudul Realistic/Idealis mendapat sambutan hangat di Indonesia dan kini turut dipasarkan di negara ini.

Malah lagu Masih Ada dan Andai Selamanya turut menduduki carta lagu popular pilihan peminat di beberapa saluran televisyan sana.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan di dalam album itu ialah Takkan Ada Aku Lagi, Seharusnya, Gara-gara Kamu, Terbang Melayang, Dusta Di Atas Cinta, Kaulah Yang Terakhir, Selamat Tinggal Kekasih Terbaik dan Joni Rock & Roll.

Albumnya berkonsep moden rock yang ada sentuhan macam muzik band indie. Walaupun kini banyak kumpulan lama dan baru yang hangat di sana, kemunculan Ello secara solo juga turut diterima dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: