Wednesday, May 13, 2009

Mangolian bakal bertemu dengan Bunkface

altKetika rencana ini ditulis, perancangan dan penelitian menganjurkan satu majlis untuk ahli-ahli Mangga Online (Mangolian) bertemu dengan band indie yang sedang mencipta nama di persada seni suara tanahair iailtu Bunkface yang popular dengan lagu Situasi dan Revolusi. Bunkface baru pulang dari promosi tour di Indonesia dan Singapura.

Menurut Zara Ismail, pengurus kepada Bunkface, rezeki mereka semenjak dua ini makin bertambah. Dengan undangan show di sana-sini sehingga ada yang perlu ditolak kerana padatnya jadual mereka. Malah Mangga Online beruntung mendapat mereka untuk makan malam bersama-sama peminat mereka.

Mangga Online dan Restoran Lemon (milik David Teo) akan melayan 30 ahli Mangga Online yang bertuah untuk makan malam dan beramah mesra dengan Bunkface (dan mungkin beberapa artis temapatan lain yang Mangga Online sedang cuba dapatkan). Kepada sesiapa yang berminat anda perlu menghantarkan e-mel kepada norman@manggaonline.com.my Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya dan pastikan anda adalah ahli Mangga Online.

Dalam e-mel tersebut sila sertakan nama penuh, umur, nombor telefon untuk dihubungi dan juga alamat tempat tinggal.Jangan lepaskan peluang menyertai acara julung-julung kali diadakan ini pada hari Sabtu, 6 Jun 2009. Tunggu apa lagi?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: