Wednesday, May 13, 2009

Aizat dapat perhatian di Bulgaria

altAizat mendapat perhatian juri di Varna, Bulgaria semasa menyertai XVIII International Pop Music Festival -Varna 2009 (Discovery).


Tidak sia-sia penyertaan pertama Aizat di luar negara. Aizat mendapat anugerah khas juri di atas persembahannya yang menarik perhatian mereka.

Sementara itu lagu ciptaannya sendiri Lagu Kita memenangi tempat ketiga dalam kategori Lagu Terbaik yang turut dipertandingkan dalam pertandingan itu.

Aizat ialah salah seorang peserta daripada 15 buah negara yang bertanding dalam festival yang berlangsung pada 9 dan 10 Mei 2009 lalu itu.

alt"Persembahan Aizat mendapat pujian orang sana," kata wartawan majalah Mangga, Roshihan Anuar Yup yang turut ke Varna membuat liputan pertandingan tersebut.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: