Dunia Jessica Alba tiba-tiba banyak berubah baru-baru ini.
Sejak melahirkan anak 11 bulan lalu, Jessica berpakat dengan suaminya, Cash Warren, 30, untuk memberi wajah baru kepada kediaman mereka.
Dari rumah 'pasangan bahagia', kediaman di Los Angeles itu kini diubah suai bagi memenuhi kehendak tumbesaran anak pasangan itu, Honor.
Bagaimanapun, bukanlah mudah bangunan mewah dua tingkat itu menjalani proses 'kelahiran semula'.
| |
Kata Jessica, sebelum ini kediaman menggunakan dekorasi Mexico itu lebih tampil seperti restoran.
| |
"Ia perlukan ubai suai besar-besaran," katanya.
Justeru, bintang filem Fantastic Four itu memikirkan cara terbaik untuk memenuhi impiannya - melakukannya sendiri.
Tanpa mengharapkan pakar reka bentuk dalaman profesional, Jessica, 27, bekerjasama dengan rakannya, Kari Whitman merealisasikan kediaman dibayangkannya.
"Saya mahu Honor mengingati rumah ini selama-lamanya," katanya.
Kecuali sofa tempahan khas, kebanyakan perabot di rumah Jessica adalah barangan terpakai atau bahan klasik dibaik pulih.
Untuk memperoleh perkakasan diperlukan, Jessica menghabiskan masa meninjau pelbagai kedai antik.
Antaranya, lampu gantung kaca era 1960-an yang ditempatkan di ruang makan.
"Saya tahu apa yang saya mahukan. Jadi saya memilih sendiri perabot yang dikehendaki," katanya.
Secara keseluruhannya, kata Jessica, dia dan Kari mahukan kediaman itu bersifat ceria dan terang.
"Ya, perkataan ceria kerap kami gunakan ketika berbincang," katanya.
Tidak kurang penting untuk mewujudkan suasana damai, Jessica memberi turut memberi tumpuan kepada halaman sekeliling rumahnya.
"Bilik mandi juga memberi kedamaian kepada kami kerana persekitarannya disusun seperti spa," katanya.
Satu cermin dengan hiasan lampu menambahkan sentuhan glamor.
Kata Jessica, bilik air romantik itu cukup untuk digunakan dua orang serentak.
"Saya dan Warren sering berdua-duaan sehingga dua jam dalam bilik mandi ini satu ketika dulu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: