SUDAH terbuktu, tempoh populariti heroin Bollywood semakin singkat.
Selepas 15 tahun menjadi buruan pengarah dan membintangi filem box office, kegemerlipan aktres seperti Manisha Koirala, Tabu dan juga Kajol kini semakin malap. Mereka kini ternanti-nanti tawaran watak penting dalam sesebuah filem.
Begitu juga dengan aktres yang lebih muda seperti Rani Mukerji, Preity Zinta, Aishwarya Bachchan dan Sushmita Sen yang mula berlakon pada 1990-an.
Nama mereka kini semakin dilupakan oleh penerbit dan pengarah filem . Untuk mengharapkan watak utama, tidak mungkin.
| |
Penerbit filem, Mahesh Bhatt berkata, keadaan seperti itu bukan setakat berlaku di Bollywood, malah Hollywood juga.
| |
"Aktres seperti Julia Roberts, yang pernah menjadi senarai pelakon gred A turut berasa bahang akibat usia yang meningkat. Walau apapun latar belakang profesyen anda, pasti keremajaan bakal pudar apabila usia meningkat sekali gus menyekat kelincahan anda.
"Tiada siapa yang dapat lari daripada hakikat bahawa karier seorang pelakon ada hadnya. Pada era ini, masyarakat gilakan keremajaan, ketrampilan yang menarik dan atas sebab itulah ia membataskan tempat seseorang pelakon apabila usia mereka mencecah satu tahap.
"Malah pelajar di sekolah rendah pun ingin ibu mereka kelihatan muda, seperti ibu di iklan ataupun drama televisyen yang mereka tonton setiap hari. Hakikatnya, usia mengawal dunia hiburan masa kini," katanya.
Kaji selidik membuktikan dunia hiburan lebih mementingkan keremajaan apabila Aishwarya hilang tiga kontrak untuk menjadi duta produk, barangan kemas, sabun dan anak patung kepada model jelita, Katrina Kaif.
Kareena kini adalah ratu Bollywood, Priyanka pula menjadi pilihan jika membawa watak dramatic manakala Deepika kelihatan sesuai di samping Shah Rukh Khan atau Saif Ali Khan.
Aktor Akshay Kumar pula dipasangkan dengan Jiah Khan, Shahid Kapoor ingin bermesra dengan Genelia, Salman Khan dan Ajay Devgan lebih suka jika dipadankan dengan Asin daripada Ameesha Patel manakala Abhishek Bachchan pula gembira jika digandingkan dengan Sonam.
Dalam erti kata lain, dalam dunia perfileman yang pantas berubah ini, di manakah tempat jelitawan 1990-an seperti Rani, Preity, Shilpa Shetty dan Ameesha?
Penulis skrip, Vinod Mirani menyatakan, mereka kini menjadi pilihan untuk watak yang lebih serius.
"Namun, kadar penerbitan filem yang semakin menurun menyebabkan watak untuk mereka semakin berkurangan dan mungkin juga pupus. Pelakon berusia 40-an tahun yang dipilih sebagai hero pula meminta penerbit mengambil heroin yang lebih muda," katanya.
Seorang penerbit filem pula menyatakan, Bollywood tidak memilih siapa heroinnya.
"Ia boleh diubah sekelip mata, tiada masalah untuk menggantikan Deepika dengan Katrina kerana projek itu tetap dilaksanakan," katanya.
Sebab itulah Salman, 43, digandingkan dengan Sonakshi Sinha, anak Shatrughan Sinha yang baru berusia 20-an tahun, Akshay, 41 dipasangkan dengan Jiah, 21 dalam filemnya, Housefull, Aamir Khan 44 pula bergandingan dengan Asin, 25 manakala Shah Rukh, 43 pula kelihatan selesa di samping Anoushka, 22.
Tidak mustahil di masa akan datng, had usia ini akan menjadi lebih rendah dan aktor Bollywood akan hanya ingin digandingkan dengan remaja berusia belasan tahun yang paling cantik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: