Tuesday, May 12, 2009

Hamilton dedah rahsia





Seperti senarai hampir 50 filem pernah dibintanginya, George Hamilton jelas bangga kerana menidurinya ramai wanita jelita seawal usianya 12 tahun.

Sebagai pelakon, kilauan bintang Hamilton bolehlah dianggap sederhana, tetapi sebagai playboy kelas dunia, dia adalah lelaki diidam hampir setiap wanita.

Dalam autobiografinya, Hamilton, 69, tidak berselindung ketika menceritakan pengalaman ranjangnya.

"Saya hilang teruna pada 1951, ketika berusia 12 tahun," katanya dalam buku itu.


Wanita pertama ditiduri Hamilton, tidak lain adalah ibu tirinya sendiri!


Ketika zaman budaknya, Hamilton diingatkan bapanya, George William Hamilton, bahawa sangat penting menjadi 'pujaan wanita'.

Dilahirkan pada 12 Ogos 1939, kediaman Hamilton adalah sebuah bandar kecil di Blytheville, Arkansas.

Hamilton mengakui dia terpesona dengan kejelitaan ibunya, Anne, manakala abang tirinya (hasil perkahwinan terdahulu Anne), Bill, seorang yang kacak serta cerdas.

Hamilton juga ada adik, David, yang muda 13 tahun daripadanya.

"Bapa saya seorang pemuzik," katanya.

Untuk meningkatkan populariti kumpulan itu, kata Hamilton, Anne mencadangkan mereka mengambil seorang penyanyi wanita.

"Bapa memilik seorang wanita jelita dan seksi, June Howard.

"Kumpulan muzik itu semakin popular tetapi pada masa sama, perhatian bapa beralih kepada June," katanya.

Lama-kelamaan, katanya, June tinggal bersama bapa Hamilton di New York dan tinggallah Anne bersama David di rumah lama mereka.

"Pada satu hari, hujan turun lebat dan saya berbaring di katil apabila tiba-tiba June muncul dengan pakaian jarang dan duduk di sisi.

"Selebihnya, tak perlu saya ceritakan kerana ia berlaku secara spontan," katanya.

Hamilton bernasib baik kerana selepas itu, June melayannya seperti tiada apa-apa berlaku di antara mereka.

Rahsia itu, katanya, disimpan dengan baik oleh June.

Secara jujur, Hamilton berkata, dia tidak tahu bagaimana atau mengapa mereka berasmara - malah sehingga beberapa kali.

Selepas Hamilton menjadi bintang filem, mereka bertemu dan sekali dan insiden sama berulang.

"Ia bukan masalah besar, kecuali saya mengkhianati bapa.

"Lagi pun, saya tak pernah menganggap June sebagai ibu atau berasa ada sebarang pertalian keluarga dengannya.

"Saya tidak berasa bersalah langsung," katanya.

Sejak itu, seorang demi seorang wanita muncul dan menyerah kepada Hamilton.

Dalam bukunya, dia menyenaraikan beberapa nama dengan perincian asmara mereka. Antaranya:



Betty Benson

Hamilton baru saja menghabiskan pesekolahan tingginya pada 1957 dan bekerja di sebuah kelab tenis persendirian apabila seorang wanita, Betty Benson, muncul dalam hidupnya.

Sembilan tahun lebih tua daripada Hamilton, Betty adalah wanita sofistikated dan licik walaupun ketika berstatus isteri kepada penerbit filem, Sam Spigel.

"Kami bertemu secara kebetulan di sebuah bar di East Hampton sejurus sebelum filem hebat Spiegel, Bridge On The River Kwai, mula ditayangkan.

"Betty tentu sedar saya memerhatikannya dan lantas menyapa: Hai, pelayar? Anak siapa kamu?" katanya.

Disebabkan Spigel menguruskan produksinya ketika musim panas, tidak banyak yang menjadi penghalang di antara Betty dan Hamilton ketika itu.

Lokasi pertemuan mereka adalah sebuah hotel di New York dan situasinya, kata Hamilton, seperti babak filem The Graduate lakonan Dustin Hoffman.

"Saya masuk ke bilik terlebih dulu dan menunggu Betty datang," katanya.



Christine Keeler dan Mandy Rice-Davies

Perkenalan berlaku ketika Hamilton popular sebagai pelakon handalan. Antaranya, melalui filem antiperang arahan Carl Foreman, The Victors, diterbitkan pada 1963.

Hamilton menyewa kereta Rolls-Royce bersama pemandu untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain di London.

Tidak mengejutkan apabila dia menjadi perhatian dua wanita serentak, Christine Keeler dan Mandy Rice-Davies.

"Saya gemar menari dengan mereka tetapi lama-kelamaan, saya kurang selesa kerana nampaknya mereka mengambil kesempatan menggunakan pemandu saya untuk pergi ke sesuatu tempat," katanya.

Pada 1963, skandal antara Setiausaha Perang Britain, John Profumo, dengan Christine terbongkar.

Ia menjadi perhatian kerana Christine dikaitkan sebagai gundik perisik Russia.

Bagi mengelakkan media menghidu hubungan Hamilton dan Mandy, wanita itu berpindah ke Israel dan menjadi ratu disko di Tel Aviv.



Tuesday Weld

"Pada satu hujung minggu, saya mencuba nasib di Palm Springs dan bertemu dengan Tuesday Weld," kata Hamilton.

Perkenalan itu menjadikan mereka akrab dan sentiasa menghabiskan masa bersama, tetapi Tuesday bukanlah satu-satunya pasangan Hamilton ketika itu.

"Saya bersarapan dengan Tuesday, bermain tenis Racquet Club dengan wanita kedua, menunggang kuda dengan wanita ketiga, makan malam dengan wanita keempat dan pulang untuk tidur di kamar Tuesday," katanya.

Masalahnya, kata Hamilton, semua wanita itu memaksanya berasmara setiap kali ada kesempatan.

Akibatnya, kata Hamilton, dia tidak sempat masuk ke bilik Tuesday dan tertidur bersendirian dalam kereta.



Alana Collins

Wanita tinggi, berambut perang dan mengagumkan, Alana Collins bertemu Hamilton di sebuah kelab di Acapulco, Mexico.

Tergoda dengan keayuan Alana ketika menari, Hamilton mencubit payudara wanita itu.

"Dia bukan saja tidak menampar saya, malah semakin miang dan memberikan nombor telefon rumahnya di Los Angeles serta mempelawa saya ke sana," katanya.

Hamilton pula mempelawa Alana mengikutnya ke Eropah untuk bercuti di sebuah bilik mewah di Saint-Tropez.

Percutian itu diisi dengan keseronokan kedua-dua mereka melakukan apa saja yang dimahukan.

Tidak lama kemudian, Hamilton berdepan dengan masalah apabila Alana menjadi terlalu cemburu dan tidak membenarkan mana-mana wanita mendekati pelakon itu.

"Lebih mengecewakan Alana, saya enggan mengahwininya," katanya.



Britt Ekland

Britt Ekland adalah pelakon Sweden yang menetap di United Kingdom dan pernah berkahwin dengan pelakon, Peter Sellers.

Antara lain, Britt dikenali sebagai gadis Bond dalam filem The Man with the Golden Gun.

Pertemuannya dengan Hamilton berlaku ketika aktor terbabit baru berusia 30 tahun.

Kata Hamilton, dia bercadang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan seperti datuknya.

"Tetapi sebelum memulakan pengajian, saya mengembara ke Eropah bersama seorang kawan," katanya.

Ketika di sebuah bandar di Perancis, pandangan Hamilton terpaku pada seorang wanita berambut perang dalam kereta Mercedes putih.

Diikat dengan banyak persamaan, tidak banyak masalah untuk Hamilton berpacaran dengan Britt.

Atas nasihat rakannya, Tom Parker, Hamilton berkahwin dengan Britt dalam majlis ringkas di sebuah hotel, disaksikan Parker serta seekor anjing.

Paderi yang menikahkan mereka dibayar AS$30 (RM109.45)

"Impian menjadi doktor lenyap sama sekali," katanya.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Ashley, dan mereka bercerai pada 1975.



Kimberly Blackford

Ketika usia mencecah 50-an, Hamilton bertemu Kimberly Blackford yang kira-kira 30 tahun lebih muda daripadanya.

Kedua-dua mereka berpacaran beberapa tahun sehingga lahir seorang anak, George Thomas Hamilton pada 2000.



Elizabeth Taylor

Hamilton mula bercinta dengan Elizabeth Taylor pada 1986 ketika akters itu berusia 55 tahun.

Hamilton menelefon Elizabeth untuk menemaninya pergi ke majlis makan malam.

"Saya menyangka dia tidak berminat, tetapi ternyata dugaan saya salah.

"Sejak itu kami berpacaran kira-kira setahun," katanya.

Antara kenangan sukar dilupakan Hamilton berlaku di Marbella, sebuah bandar di Andalusia, Sepanyol.

"Ketika matahari mula memancar, Elizabeth bangun dari katil tanpa berpakaian, kecuali seluar dalam dan topi mandi berbunga," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: