Pelakon Julia Hana yang didakwa kahwin senyap-senyap akhirnya keluar dari persembunyian.
Minggu lepas masa berborak dengan Julia, dia berterus terang mengenai sama ada betul ke dia dah kahwin dengan seorang ahli perniagaan?
Yalah... sebelum ni dengar cerita dia jadi isteri nombor dua.
Masa borak tu kata Julia dia tak terkejut pun kalau orang nak buat dakwaan dia dah kahwin sebab selama ni dah macam-macam tuduhan dilemparkan kepada Julia.
Timbul gosip dia kahwin baru-baru ni pula kerana gara-gara dia pakai inai ketika penggambaran sebuah drama televisyen.
"Saya ada pakai inai sebab nak berlakon dalam satu drama ni. Sebab tu saya rasa timbul dakwaan yang saya kahwin," katanya.
Julia pun menolak sekeras-kerasnya yang dia merampas suami orang.
Malah dia pun tak ingin nak kahwin dengan suami orang sebab tak sanggup diri dia jadi bahan cercaan dan hinaan.
Bila timbul cerita kahwin senyap-senyap tu Julia kata dia memang terkejut. Malah kekasih dia pun ada bertanya benda yang sama.
Bila tanya bab jodoh, kata Julia buat masa ini belum jumpa lelaki yang secocok.
Hajat di hati dia memang nak kahwin tapi keadaan yang memaksa perkara itu tidak dapat nak diteruskan. Ataupun dalam erti kata lain bila berkawan dengan lelaki, hubungan tak panjang.
Cuma sekarang ni Julia agak kecewa dengan dunia lakonan. Bukannya apa, orang di luar sana anggap jadi artis hidup selalu glamor tapi sebenarnya nak dapat duit bukannya mudah.
Nasib baik Julia bukan jenis macam sesetengah pelakon lain. Pantang nampak orang kaya terus buat skandal.
NIEZAM: Memang nak kahwin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: