Sunday, May 17, 2009

Selebriti diintip orang pejabat agama

Jeng... jeng... jeng... Awas! Kepada seorang selebriti kacak yang menjadi kegilaan minah-minah cantik ni diminta berhati-hati kerana kerja tak senonoh dia sudah terbongkar.

Bukannya apa, rahsia besar dia yang suka angkut awek bawa balik rumah tu diharap dapat ditinggalkan dengan segera.

Menurut sumber pejabat agama, mereka sekarang sedang mengintip perbuatan tak senonoh selebriti ni yang menjadikan rumah sewa dia sebagai "pot" untuk berasmara.

Rahsia itu terbongkar selepas pengawal keselamatan ternampak selebriti berkenaan bercumbu-cumbuan dalam lif perumahan tersebut menerusi rakaman CCTV.

"Bukan sahaja pihak keselamatan tetapi penduduk dan jiran-jiran selebriti tu pun dah tahu perbuatan buruk selebriti tersebut.

"Sebab itulah dia orang berpakat buat laporan di pejabat agama. Sekarang orang pejabat agama dah mula mengintip," kata satu sumber.

Maknanya kalau selebriti tu tak hati-hati juga dengan amaran tahap merah ni, dia memang menempah masalah. Kalau kena tangkap bukan saja akan dapat malu tapi kerjaya dia juga akan hancur jadi abu.

NIEZAM: Tengah intip artis yang tak mengaku bercinta tapi makan suap-suap.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: