Sunday, May 24, 2009

Kenapa berat Ebi bertambah?

Ebi Kornelis Yaimal atau Ebi bekas seorang atlet sebelum mencuba nasib dalam bidang seni. Apabila berjaya sebagai penyanyi beliau meninggalkan sukan olahraga. Naib juara Akademi Fantasia musim ke 5 (AF5) itu juga antara penyanyi yang memiliki susuk badan yang menarik pada awal kemunculannya. Maklumlah pada masa itu masih aktif berlatih olahraga.

Kini susuk badan Ebi sudah berubah. Berat badannya naik mendadak. Kalau ada yang lama tak jumpa, pasti perubahannya nampak ketara.

Mengapa Ebi tak menjaga badan? Orang kata penggiat dunia seni sepatutnya lebih menjaga penampilan sebab mereka sering dijadikan idola oleh peminat.

Dalam perkembangan lain, Ebi juga terpaksa bergerak sendiri menguruskan perjalanan seninya. Malah beliau sanggup turun naik stesen radio untuk mempromosikan lagu barunya. Ebi sudah diketepikan ke?

Editor Mangga Online, ROSLI MANAH bertanyakan hal-hal itu kepada Ebi dan beliau sedia menjelaskan apa yang berlaku kepadanya.

Naik berat badan sekarang. Kenapa? Susah hati ke?

Ebi: Memang berat badan saya naik sekarang. Dulu berat saya sekitar 68kg saja sekarang boeh mencecah sehingga 77kg. Saya ni biasa saja, nak kata senang hati sangat pun tidak dan nak kata susah hati pun tidak juga. Sebenarnya saya sudah lama tak pergi gimnasium sebab sibuk. Sekarang sedang shooting drama di Sabah sudah lebih sebulan. Memang tak ada masa nak bersenam.

Agaknya kena sindrom ahli sukan bersara kut, bila bersara terus naik badan?

Ebi: Mungkin juga macam itu. Saya ni sebenarnya masih boleh turunkan berat badan kalau mahu. Kita sebagai bekas atlet tentu tahu cara-cara berlatih untuk menjaga bentuk badan, tapi seperti yang saya katakan tadi, sekarang ini memang sibuk.

Sibuk sangatkah sampai jarang nampak show Ebi?

Ebi: Sekarang tengah shooting di Sabah, tapi pihak produksi memberi kelonggaran kepada saya untuk buat show. Sepanjang berlakon ini ada beberapa kali saya cuti untuk mengadakan show di sekitar Sabah. Sebab itu tidak diuar-uarkan.

Sekarang pihak Astro Entertainment memberi kelonggaran kepada artis untuk mencari sendiri show. Jadi kita lebih bebas dan tidak terikat macam dulu. Cuma kita kenalah maklumkan kepada mereka terlebih dahulu agar tidak bercanggah dengan apa yang mereka sudah aturkan.

Shooting drama apa sekarang?

Ebi: Sekarang ini tengah shooting drama bersiri pasal masyarakat Sabah. Judulnya Madai Menanti. Shootingnya di Sabah dan mengggunakan loghat Sabah. Selain saya, Leez dan Naufara turut berlakon.

Lebihkan berlakon berbanding menyanyi ke?

Ebi: Saya ambil apa sahaja tawaran yang datang sebab inilah kerja saya sekarang. Sebenarnya lagu baru saya, Takkan Berhenti mula disiarkan di radio. Lagi itu saya terbitkan menggunakan modal sendiri dan saya sendiri juga yang mempromosikannya.

Mempromosikan sendiri, tak ada pegawai perhubungan awam ke?

Ebi: Lebih senang buat sendiri. Bukan payah pun setakat memberikan lagu kepada orang di stesen radio. Saya sendiri menghubungi mereka dan memberitahu saya ada lagu baru.

Tak malu ke mempromosikan sendiri?

Ebi: Apa nak dimalukan, saya rasa lebih senang kalau kita lakukan sendiri. Kita sudah kenal mereka dan mungkin prosesnya akan jadi lebih mudah. Lagipun ini produk saya sendiri, kenalah saya mempromosikannya.

Rasa perit ke nak teruskan bidang seni sekarang?

Ebi: Saya tak anggap macam itu. Ini satu cara kita berusaha. Nak harapkan merakam album penuh, mungkin payah pada masa sekarang. Saya tak harapkan pada album, sebab itu saya buat single sahaja. Saya sendiri yang berurusan dengan pihak lain untuk memasarkannya dalam konsep bisnes digital, untuk tujuan muat turun. Saya juga ada mencipta lagu iaitu Musafir Dunia. Lagu itu juga sudah dirakam dan apabila diputarkan nanti bolehlah saya merasa hasil royaltinya pula. Itulah salah satu cara untuk hidup pada masa sekarang.

Sudah ada cinta baru ke?

Ebi: Mana ada, saya sekarang tak fikir pasal cinta, sekarang masa untuk tumpukan kepada kerja dahulu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: