Sunday, May 24, 2009

Angelina Sondakh baru nikah sudah hamil

Angelina Sondakh dan Adjie Massaid baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 29 April lalu tapi dikhabarkan Angelina sudah hamil 12 minggu. Apa yang sebenarnya berlaku?

Sebenarnya pasangan ini baru sahaja mengesahkan perkahwinan mereka pada 29 April lalu kerana mereka sudahpun melangsungkan pernikahan siri pada September tahun lalu.

Adjie yang merupakan seorang duda dan mempunyai dua anak perempuan berasa begitu gembira dengan khabar ini dan berharap mendapat bayi lelaki untuk menjadi penemannya. Namun bagi Angelina dia menerima sahaja samada bayinya lelaki atau perempuan.

Semasa pernikahan siri pasangan ini hanya kakak kepada Angelina yang hadir kerana orang tua Angelina tidak begitu merestui pernikahan pasangan selebriti ini. Namun kini setelah banyak pertemuan diadakan orang tua Angelina sudah merestui perkahwinan mereka. Malah kedua-dua anak Adjie juga menerima Angelina dengan baik.

Angelina dan Adjie juga merancang untuk mengadakan majlis resepsi pernikahan mereka cuma tarikhnya belum ditentukan kerana kedua-duanya sibuk dengan pilihan raya yang belum selesai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: