Monday, May 11, 2009

Katy kahwin olok-olok


KATY PERRY


KATY PERRY telah mengenakan ibu bapanya dengan berpura-pura mengahwini teman lelakinya. Sebenarnya perbuatan itu dilakukan di Las Vegas ketika dia berusia 21 tahun. Hari ini, dia telah putus cinta dengan lelaki itu.

Penyanyi lagu I Kissed a Girl yang kini berusia 24 tahun memberitahu majalah PopEater : "Saya bersama lelaki itu pergi ke Las Vegas dan tiba-tiba sahaja kami merancang untuk berkahwin olok-olok. Kami merakam foto seolah-olah kami sedang berkahwin sedangkan baju, kek, hinggalah sijil perkahwinan itu semuanya palsu.

"Kami sengaja mahu mengejutkan keluarga saya dan mereka sangat terperanjat apabila mendapat tahu saya sudah 'berkahwin' tanpa pengetahuan mereka.

"Dan mereka lebih terkejut apabila mengetahui bahawa itu hanya perkahwinan olok-olok yang sengaja kami reka."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: