
MARIAH CAREY dan suaminya, Nick Cannon meraikan ulang tahun tahun pertama perkahwinan mereka dengan membeli sebuah kediaman baru.
Apa yang menarik, rumah agam yang terletak di Bel-Air, California yang dibeli dengan harga AS$7 juta (RM26.6 juta) itu merupakan rumah pertama yang menyaksikan mereka berkongsi dari segi bajet.
Mereka mula mencari kediaman baru sejak beberapa bulan lalu dan akhirnya terpesona dengan rumah agam yang pernah dimiliki aktres Farrah Fawcett itu.
Sebelum ini, pasangan tersebut ditawarkan untuk membeli kediaman di kawasan perumahan paling berprestij di California, Saperstein Estate, Holmby Hills.
Namun, Mariah dan Nick yang meraikan ulang tahun pertama perkahwinan pada 30 April lalu, mahu rumah yang lebih kecil dengan lima bilik tidur dan lapan bilik mandi.Apabila melihat kediaman tersebut, mereka terus bersetuju untuk membelinya.
Menurut syarikat hartanah, RealStalker, Mariah dan Nick telah membeli kediaman itu pada awal April lepas daripada pemiliknya, seorang jurutera muzik bernama Allen Sides. Sides sebelum itu membeli kediaman itu daripada Farrah Fawcett.
"Mariah dan Nick berjaya membeli rumah itu dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran sebenarnya iaitu AS$9.5 juta (RM36.1 juta)," ujar jurucakap syarikat tersebut yang tidak disebutkan namanya kepada Contactmusic.
Bagi menjadikan rumah baru itu serba sempurna, Mariah dan Nick dilaporkan telah membelanjakan sebanyak RM1.14 juta untuk kelengkapan perabot yang dibeli di gedung beli-belah eksklusif di Los Angeles, Kreiss. Mereka juga dikatakan telah mendapatkan khidmat pereka hiasan dalaman kediaman selebriti, Kenneth Bordewick bagi menjadikan kediaman itu cukup sempurna untuk didiami.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: