Wednesday, May 13, 2009

Jordan lari ke luar negara






LONDON: Model, Katie Price, bertindak meninggalkan Britain malam tadi bersama dua anaknya selepas Peter Andre menamatkan perkahwinan mereka yang berusia tiga setengah tahun.

Andre, 36, berang terhadap gambar yang disiarkan akhbar The Sun kelmarin, menunjukkan isterinya yang lebih dikenali sebagai Jordan, mendedahkan buah dada bersama seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah kelab malam.

Penyanyi itu berkata: “Dia sudah tidak dapat dikawal lagi.”

Bagaimanapun, Katie, 30, sambil menangis berkata: “Andre adalah kehidupan saya. Bukan ini yang saya inginkan.”


Andre pula berkata: “Saya bukan cemburu terhadap sesiapa kecuali ketika Katie mabuk. Saya tidak terasa diancam oleh sesiapa ketika dia tidak mabuk.


“Tetapi, apabila dia minum, saya tahu dia boleh melakukan apa saja.”

Dia juga memberitahu seorang rakan: “Katie mempunyai apa sahaja yang dikehendaki. Dia mempunyai karier dengan pendapatan berjuta-juta paun dan memiliki rumah impian.

“Tetapi dia seolah-olah mahu menekan butang yang akan memusnahkan dirinya.

“Dia wanita yang menawan apabila dalam keadaan biasa. Dan saya akan selalu mencintainya.”

Perceraian mengejut mereka berlaku kira-kira dua minggu selepas pasangan itu menamatkan perlumbaan marathon bersama dan kelihatan berpimpin tangan setelah makan malam di London pada hujung minggu.

Bagaimanapun, orang yang rapat dengan mereka tahu perkahwinan mereka sudah lama bergolak.

Sumber berkata, Katie meninggalkan rumah mereka bersama dua anaknya sejam sebelum Andre tiba sementara anak sulungnya diletakkan di bawah penjagaan seorang pengasuh malam tadi.

Sumber itu juga berkata: “Andre yang tiba sejam selepas Katie pergi, kelihatan begitu cemas.

“Dia tidak tahu di mana mereka.”

Andre, penyanyi pop ketika mengahwini Katie, berusaha untuk melonjakkan karier muziknya semula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: