| BINTANG Desperate Housewives, Eva Jacqueline Longoria (Eva) dan suami, Tony Parker, bakal meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka pada 7 Julai nanti. |
Sepanjang melayari bahtera rumah tangga, Eva mengakui tenang dan gembira dengan kehidupan dilaluinya bersama Parker yang juga bintang bola keranjang NBA.
Bagi Eva, hidupnya sudah lengkap dan
atas faktor itu juga dia serta suami tidak begitu memikirkan soal anak.
Namun, dalam satu laporan E! online baru-baru ini, Eva, 34, memaklumkan selepas sekian lama bekerjasama dengan organisasi Padres Contra El Cancer, membuka hatinya untuk mengambil anak angkat.
Katanya, setiap kali mendampingi kanak-kanak dari Padres, hatinya membuak-buak dengan kegembiraan dan kebahagiaan kerana mereka sangat memberikan inspirasi.
“Mereka manusia yang tidak berdosa, mengharap untuk hidup gembira. Mereka manusia yang mengagumkan dan untuk mengharungi kehidupan sebagaimana mereka dan menjadi sekuat mereka, benar-benar memberi memberi inspirasi kepada saya.
“Saya berharap mempunyai anak sekuat dan setabah kanak-kanak yang menghuni rumah perlindungan ini,” katanya.
Tanpa berahsia, Eva menyatakan sama seperti pasangan suami isteri yang lain, dia dan Parker berkeinginan untuk mempunyai anak suatu hari nanti. Kemungkinan mengambil anak angkat adalah sebahagian daripada perancangannya dan suami ketika ini.
“Bukan tidak bersedia mempunyai anak dan sudah tentu sebagai wanita ingin rumah tangga dilengkapi zuriat sendiri. Cuma, saya berasa tiada salahnya mengambil anak angkat khususnya membantu bayi yang kehilangan ibu bapa dan dalam kalangan orang miskin.
| |
“Saya mahu berkongsi kegembiraan dan memberi kehidupan sempurna kepada mereka. Namun, perancangan itu bukan dalam masa terdekat ini,” katanya.
| |
Eva dan Parker memilih tarikh 7.7.07 untuk hari bersejarah mereka apabila berkahwin di Paris pada tarikh itu di istana lama, Vaux-le-Vicomte dihadiri 200 tetamu termasuk ahli pasukan Spurs, pasangan Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones, Thierry Henry dan Victoria Beckham.
Mereka mula berkenalan pada November 2004 apabila Parker mengundang Eva dan ayahnya, Enrique Longoria Jr
makan malam sebaik saja selesai menyaksikan perlawanan bola keranjang membabitkan San Antonio Spurs.
Selepas itu, telefon menjadi penghubung mereka sebelum Parker berani mengajak Eva keluar berdua sebelum melamar Eva untuk menjadi suri hidupnya pada 29 November 2006.
Ini perkahwinan kedua Eva selepas bercerai dengan Tyler Christopher pada 19 Januari 2004. Eva bertemu Christopher, pelakon General Hospital ketika menjadi pelakon undangan untuk satu episod siri itu dan berkahwin
pada 20 Januari 2002.
Dalam perancangan lain, Eva dan suami ingin membawa keluarga besarnya berpindah ke Perancis apabila kontraknya dengan Desperate Housewives tamat.
Namun, perkara itu hanya akan dilaksanakan sebaik kedua-dua mereka tidak lagi terikat dengan komitmen serta tuntutan kerja.
Parker juga sudah merancang sesuatu apabila bersara kelak dengan membeli pasukan bola keranjang Perancis. Jaguh NBA All-Star itu adalah pemilik kedua terbesar saham ASVEL dan menjadi Pengarah Operasi pasukan itu berkuat kuasa serta-merta.
Malah Parker tidak menolak kemungkinan kembali bermain untuk kelab di Perancis. Katanya, apabila usia mencecah 36 atau 37 tahun, siapa boleh jangka masa depannya dengan NBA.
Parker kini masih mempunyai kontrak dengan San Antonio Spurs hingga 2011 dan sudah lama membuat perancangan melabur dengan satu kelab bola keranjang sebagai persediaan selepas bersara nanti.
Sementara itu, dalam pada mengurangkan aktiviti lakonan Eva masih meneruskan kerja amalnya dan satu daripadanya adalah ‘Rally for Kids’.
Baru-baru ini, pelakon genit berdarah Latin itu menyertai selebriti Hollywood yang lain bagi sama-sama memeriahkan majlis amal sempena meraikan kanak-kanak menghidap kanser di Hotel Hollywood Roosevelt, Los Angeles.
Siapa sangka anak bongsu daripada empat beradik perempuan yang dianggap paling tidak comel kerana berkulit gelap dan memiliki mata dan rambut hitam dalam kalangan saudaranya dimahkotakan Miss Corpus Christi USA dan membawanya ke Los Angeles hingga menjadi bintang.
Bermula watak kecil dalam The Bold And The Beautiful dan Beverly Hills, 90210 pada 1990, Eva berjaya dipilih memegang watak Isabella untuk The Young And The Restless.
Bagaimanapun, namanya mula dikenali di seluruh dunia apabila memegang watak Gabrielle Solis dalam Desperate Housewives pada 2004.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: