Wednesday, May 20, 2009

Hamilton kahwin musim panas


HAMILTON dan Scherzinger.


LOS ANGELES - Juara dunia perlumbaan Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dipercayai akan mengahwini kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Pussycat Doll, Nicole Scherzinger seawal Julai depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia berikutan Scherzinger, 30, tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga dengan Hamilton selepas mereka berkenalan selama 18 bulan.

"Adakah saya akan berkahwin (dengan Hamilton)? Sudah pasti dan anggota-anggota Pussycat Doll akan menjadi pengapit kami," katanya.

"Namun, saya perlu menjadi tunangnya dahulu," tambah Scherzinger dengan nada berjenaka.

Berita pasangan berkenaan akan mendirikan rumah tangga hangat diperkatakan apabila Scherzinger dilihat memakai sebentuk cincin berlian pada tahun lalu beberapa jam selepas pelumba berusia 22 tahun itu dinobatkan sebagai juara F1.

"Perkahwinan adalah penutup hubungan cinta. Dalam album solo saya, saya pernah menyanyikan bagaimana pentingnya alam perkahwinan kepada diri ini," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: