
SEORANG lelaki melihat Juliet yang berbogel tetapi tubuhnya dihiasi dengan pelbagai bentuk lukisan di sebuah restoran di Heddon Street, London.

LONDON - Anda akan dapat mengesan terdapat sesuatu yang ganjil berlaku jika berjalan di sebuah restoran di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Anda akan mendapati seorang model sedang berbogel dengan tubuhnya dihiasi dengan pelbagai corak lukisan terbaring di depan tingkap sebuah restoran.
Model itu, Juliet Johns sanggup berbaring dalam keadaan separuh bogel untuk tatapan orang awam bagi meraikan Minggu Vegetarian Kebangsaan.
Dia berbaring sejak kelmarin dan akan melakukan aksi itu selama lima hari di sebuah restoran di Heddon Street, London.
Juliet berbaring di depan tingkap restoran itu yang turut dihiasi dengan pelbagai jenis sayur-sayuran sebagai usaha untuk mempromosikan makanan bukan daging kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: