Friday, May 1, 2009

Gempak Astro hargai pelanggan


Astro kuasai kira-kira 49 peratus daripada kumpulan sasaran penonton TV Melayu

BAGI meneruskan kesinambungan dan inisiatif untuk menawan hati orang ramai, Astro terus gigih dalam ekspedisinya mendekati dan memanjakan pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Selebriti Astro yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Pemasaran Segmen Melayu, Molina Musa berkata, pada tahun ini, Astro memperhalusi strategi dengan melakukan pendekatan yang berbeza daripada promosi bergerak yang lain.

“Penumpuan kami kini lebih kepada komuniti. Oleh itu, setiap minggu, pasukan pemasaran di bawah payung Gempak iaitu Gempak Desa, Gempak Selebriti dan Gempak Astro akan menjelajahi kawasan yang disasarkan melalui acara promosi yang banyak membabitkan penyertaan masyarakat berbilang kaum dan umur.

“Kami mengatur pelbagai aktiviti promosi bergerak pada setiap minggu secara selang-seli sepanjang tahun. Program Gempak Desa akan menjelajahi kawasan pedalaman manakala program Gempak Selebriti pula mensasarkan kepada kumpulan pelanggan yang datang dari kawasan bandar.

“Sebagai bonus, kami mengembalikan acara Gempak Astro yang akan diadakan secara besar-besaran sebanyak tiga kali pada tahun ini,” katanya.

Menurutnya, bagi menghargai kesetiaan pelanggan, Astro juga turut mengadakan sesi ’memanjakan diri’, iaitu aktiviti seperti urut kaki refleksologi secara percuma dan konsert selama dua jam tanpa henti oleh artis dan selebriti.

Pelanggan juga berpeluang untuk makan tengah hari bersama selebriti dengan mendaftar di laman web rasmi www.astro.com.my/gempak09.

Acara promosi bergerak Gempak Selebriti yang akan diadakan esok dan Ahad di Plaza Angsana, Johor Bahru bakal menerima kunjungan penyanyi dan selebriti terkenal seperti Ning Baizura serta bintang Akademi Fantasia iaitu Idayu, Edlin, Fitri, Hazama, Riz, Noni, Nora dan ramai lagi.

Selain itu, pelbagai acara juga yang disusun untuk memeriahkan lagi oleh kehadiran ikon Astro seperti Tok Wan dan adik Alycia yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.

Pasukan pemasaran Melayu Astro sudah mengaturkan jadual promosi bergerak yang padat di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu secara bergilir-gilir pada setiap hujung minggu.

”Setiap acara Gempak mempunyai sasaran yang tersendiri dalam memenangi hati pelanggan tidak kira mereka datang dari kawasan pedalaman mahupun dari kawasan bandar.

“Setakat ini, Astro berjaya menguasai kira-kira 49 peratus dari kumpulan sasaran penonton TV dari kediaman Melayu. Jumlah ini semakin meningkat setiap kali kami menjelajah ke lokasi baru seluruh negara pada setiap minggu,” tambah Molina lagi.

Pelbagai aktiviti interaktif seperti acara sukaneka diatur khusus untuk semua ahli keluarga tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa sepanjang hari bermula dari 9.30 pagi hingga 10 malam di setiap acara Gempak Desa dan Gempak Selebriti Astro di seluruh negara.

Selain itu, pentas uji bakat juga dibuka bagi mereka yang berminat untuk menyertai pelbagai program baru di Astro.

Molina berkata Astro yakin program yang sudah diaturkan ini akan menarik kunjungan orang ramai. Sebagai permulaan, acara promosi bergerak Gempak Selebriti Astro di Queens Bay, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah yang diadakan baru-baru ini masing-masing berjaya menarik lebih dari 7,000 pengunjung di setiap lokasi.

“Kami percaya kehadiran artis terkenal seperti Ning Baizura, Riz, Reza, Farish, Zainal Alam Kadir, Idayu, Edlin, Akma, Fitri dan ramai lagi di acara Gempak Selebriti Astro yang bakal berlangsung di Plaza Angsana akan menarik kunjungan orang ramai.

”Kami ingin memanfaatkan setiap kunjungan kami ini semata-mata mahu menghiburkan dan memanjakan pengunjung tetapi juga ingin mengambil kesempatan untuk mendekati dan bertukar-tukar pendapat dengan pelanggan Astro yang baru dan lama bagi meningkatkan lagi mutu dan perkhidmatan,” kata Molina.

INFO: Tarikh dan Acara Gempak Astro

  • 2 Mei:
    • Gempak Desa Kedah - Padang Awam Taman Nelayan, Kuala Kedah
    • Gempak Desa Kelantan - Padang KSK JKR, Tumpat


  • 2 & 3 Mei:
    • Gempak Selebriti Johor - Plaza Angsana, Johor Bahru


  • 9 Mei:
    • Gempak Desa Johor - Parit Raja, Batu Pahat
    • Gempak Desa Terengganu - Stadium Mini, Kg Raja, Besut


  • 16 Mei:
    • Gempak Desa Perak - Padang Bandaran Parit Buntar, Kerian
    • Gempak Desa Terengganu - Padang Sungai Tarum, Setiu


  • 23 Mei:
    • Gempak Desa Selangor - Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor
    • Gempak Desa erengganu - Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu


  • 30 Mei:
    • Gempak Desa Perak - Felda Besout 01, Sungkai, Hilir Perak
    • Gempak Desa Terengganu - Kg Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: