Malah syarikat rakaman yang mengusahakan rakaman itu setelah mereka mengikat kontrak untuk menghasilkan single tidak berusaha mempromosikan lagu mereka. Artis berkumpulan itu tak jadi artis naungan syarikat sebaliknya mengikat kontrak untuk rakam single. Itulah gaya terkini syarikat rakaman yang mahu mendapat keuntungan daripada penjualan digital apabila sesebuah lagu pupular.
Diam-diam Mangga Muda risik dengan orang dalam syarikat rakaman itu. Nak tahu apa jawabnya? Mangga Muda sebenarnya tak setuju dengan pandangan orang syarikat rakaman itu.
Begini katanya: "Kami dah cuba promosikan di radio Hot FM dan Era FM, tapi mereka tak mahu memainkan lagu itu atas alasan tersendiri. Kalau Hot dan Era tak main lagu susah lah nak promosi, sebab itu kami pun tak buat apa-apa dengan kumpulan itu."
Wah nak promosi artis kena tunggu lagu diputarkan di dua buah stesen radio swasta itu aja ke? Bukankah banyak lagi stesen radio yang ada. Orang syarikat rakaman ni tak pandang ke stesen radio lain?
Dulu orang dalam industri juga marah-marah dengan dua buah stesen swasta popular itu, tapi dalam masa yang sama mereka juga mengagung-agungkan dan memandang tinggi apabila lagu dimainkan di kedua-dua stesen itu.
Nampaknya mereka juga tak betul. Ada ke patut bila lagu tak mahu diputarkan di stesen radioi tu, terus tamatkan usaha mempromosi. Kalau macam itu senanglah kerja pegawai perhuhungan awam (PRO), dapat lagu hantar saja ke kedua-dua stesenradio itu habis kerja. Tak payah ada PRO pun tak apa, lantik saja mat despatch untuk hantar CD kepada stesen radio itu.
Mangga Muda: Tak faham dengan gaya PRO syarikat rakaman sekarang yang suka goyang kaki. Promosi tak buat dan menyalahkan peminat dan stesen radio yang tak mahu putarkan lagu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: