
Puas juga mencari Eja untuk mengetahui cerita sebenar. Apatah lagi sejak kebelakangan ini Eja cukup jarang muncul di mana-mana majlis. Dia juga sudah beberapa bulan tidak terlibat dalam penggambaran drama.
“Sebenarnya sejak mula terlibat dalam dunia lakonan Eja jarang bercuti. Jadi kali ini Eja nak cuti panjang sikit untuk berehat. Eja mula berehat sebaik selesai satu penggambaran di Mekah penghujung tahun lalu.
“Lepas itu, Eja ikut suami bercuti pula. Balik dari bercuti kononnya nak rehat seketika tetapi kemudiannya Eja mengambil keputusan untuk sambung balik cuti. Dapatlah Eja memberi sepenuh perhatian untuk diri sendiri dan keluarga. Jika tidak selalu sibuk di lokasi penggambaran sahaja,” ujar Eja ketika ditemui baru-baru ini.
Namun apabila ditanya kesahihan tentang kandungannya, Eja hanya tersenyum sambil menjawab penuh berteka-teki, “Tunggulah.”
Dari pertemuan singkat dengan Eja, tidak kelihatan langsung wanita bertubuh kecil dan berkulit cerah ini mengandung. Sebaliknya susuk tubuhnya tampak semakin susut. Tapi yang nyata, dia tidak dapat menyembunyikan rasa gembira yang sedang dilaluinya kini.
“Sudah pasti inilah saat yang saya nantikan sejak dulu. Tidak dapat saya ceritakan macam mana gembiranya saya sekarang. Sebab itulah saya sanggup berehat selama setahun dari berlakon,” ujar Eja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: