Kring Kring (KK): Assalamualaikum Niezam. Boleh tak saya bercakap ni?
NIEZAM: Waalaikumussalam. Kalau nak bercakap kena sekarang la. Sebab kejap lagi boss nak panggil masuk meeting ni.
KK: Ala... sekejap je bukan lama pun.
NIEZAM: Okey... boleh. Ada hal apa ni?
KK: Saya nak mengadu sikit perangai pengurus kepada selebriti terkenal ni.
NIEZAM: Siapa?
KK: Ala... kalau saya sebut selebriti lelaki ni memang Niezam kenallah. Budak sekolah pun kenal saya rasa. Yalah... orang popular.
NIEZAM: Kenapa?
KK: Saya nak cerita sikap pengurus dia yang muka kain buruk ni.
NIEZAM: Kain buruk? Kenapa pula. Hodoh sangat ke muka dia?
KK: Bukan saya nak hina muka dia sebab lawa ke, cantik ke sebab Tuhan yang jadikan. Tapi hati dia tu yang busuk macam tahi kucing.
NIEZAM: Kah... kah... kah... Marah sangat nampaknya awak ni. Kalau busuk macam tahi kucing tu bukan hati lagi. Dah jadi tong sampah. Macam mana kisahnya.
KK: Macam ni. Dalam dua, tiga hari lepas suami saya ada telefon selebriti ni. Nak bagi projek besar. Nak suruh dia pergi bagi ceramah di syarikat-syarikat kerajaan.
NIEZAM: Habis tu?
KK: Suami saya pun telefonlah dia. Nombor telefon tu pun ada seorang wartawan yang bagi. Memang betul nombor dia pun. Tapi bila telefon, pengurus dia yang angkat.
NIEZAM: Suami awak perkenalkan diri tak?
KK: Mestilah. Suami saya tanyalah selebriti tu ke yang angkat telefon.
NIEZAM: Dia jawab apa?
KK: Dia kata bukan. Dia kata itu bukan nombor selebriti tu tapi nombor dia, pengurusnya. Ingatkan habis kat situ saja tapi tiba-tiba pengurus tu maki hamun. Dia kata jangan kacau dia orang. Pengurus jenis apa ni? Kalau suami saya tersalah telefon pun cakap la baik-baik. Kita mana nak tahu itu nombor siapa?
NIEZAM: Apa sebab dia nak maki hamun pula?
KK: Itu yang saya tak faham. Pengurus jenis apa ni? Dah sewel dah ke?
NIEZAM: Mungkin mood dia tak baik kut?
KK: Hai... dia fikir mood dia je ke? Mood orang lain dia tak fikir? Suami saya telefon nak bagi bisnes. Nak bagi duit! Dah kaya sangat ke menyombong sangat tu? Terus suami saya black list nama dia. Kalau kena kat saya mesti saya maki balik pengurus tu tujuh keturunan.
NIEZAM: Takut nanti awak pula kena maki 12 keturunan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: