Penyanyi Zamani, bekas anggota kumpulan Slam yang top dengan lagu Tak Mungkin Berpaling tu dah lama menghilangkan diri.
Ke mana dia menyorok pun dah tak tahu dah. Baru-baru ni Niezam terserempak dengan kawan baik dia Acong, bekas penyanyi kumpulan Sweet Child tetapi Acong pun bercerita dia jarang sekali berjumpa dengan Zamani.
Tapi baru-baru ini ada sumber memberitahu yang Zamani sebenarnya dah kahwin dalam diam. Dia dikatakan berkahwin dengan seorang gadis yang berasal dari Kelantan berusia 24 tahun.
"Memang saya dengar cerita macam tu la dia dah kahwin. Tapi majlis kahwin dia orang dibuat kecil-kecilan saja.
"Zamani saja tak nak gembar gemburkan cerita kahwin dia tu mungkin kerana dia tak mahu peminat dan orang ramai tahu," kata sumber berkenaan.
Kalau betullah Zamani dah berumah tangga kira baguslah. Selama ni pun dia banyak makan hati apabila jodohnya dengan seorang artis wanita suatu ketika dulu terputus di tengah jalan.
Malah ada orang kata kerana putus cinta itu dia merana macam orang separuh gila.
Wow... hebat cinta Zamani sehingga membuatkan dia jadi macam tu.
Tapi kalaulah benar berita yang Zamani sudah berkahwin tu, tentu saja peminat Zamani gembira. Niezam pun gembira. Malah kami juga nak ucapkan tahniah. Kalaulah berita ini tak betul, anggap saja ia sekadar khabar angin.
Tapi khabar angin selalunya betul. Bak kata orang dulu-dulu kalau tak ada angin takkan pokok boleh bergoyang? Lainlah kalau ada beruk yang naik angin atas pokok tu!
NIEZAM: Ada ahli sukan terkenal khabarnya sedang diintai orang pejabat agama? Awas... jangan nanti kena tangkap!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: